Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan hilang tinggal badan

-

COPENHAGEN: Polis Denmark semalam mengenal pasti bahagian badan wanita tanpa kepala yang dijumpai di pinggir air Copenhagen sebagai milik wartawan Sweden, Kim Wall, yang polis percaya dibunuh di atas sebuah kapal selam buatan sendiri.

“DNA padan di antara badan dan Kim Wall,” polis menyebut dalam Twitter, tetapi enggan mengulas lanjut sehingga taklimat media pada 0700 GMT.

Pencipta dari Denmark, Peter Madsen, yang didakwa membunuh Wall di atas kapal selam buatannya sendiri, memberitah­u mahkamah Wall mati dalam satu kecelakaan dan dia “mengebumik­annya” di laut, selepas menukar kenyataann­ya sebelum ini bahawa dia meninggalk­annya dalam keadaan masih hidup di Copenhagen.

Mayat berkenaan dijumpai Isnin lepas oleh seorang pengayuh basikal dan polis berkata ketika itu bahawa ia masih terlalu awal untuk mengenal pasti mayat yang tidak ada kepala, kaki dan tangan itu.

Kes itu diikuti dengan dekat oleh media Denmark dan Sweden dan menarik minat dari seluruh dunia.

Madsen sudah didakwa atas tuduhan membunuh Wall tanpa niat selepas Wall hilang sejak Madsen membawanya ke laut dalam kapal selamnya sepanjang 17 meter pada 10 Ogos lalu. Dia menafikan dakwaan itu.

Dia diselamatk­an sehari selepas kapal selamnya UC3 Nautilus karam. Polis tidak menemui orang lain dalam kapal tersebut.

Pihak berkuasa maritim Denmark dan Sweden menggunaka­n penyelam, sonar dan helikopter untuk mencari mayat berkenaan di Teluk Koge, ke selatan bandar raya berkenaan, dan di Selat Oresund di antara kedua-dua negara.

Madsen, seorang usahawan, artis, pembina kapal selam dan jurutera aeroangkas­a, dibawa ke hadapan hakim pada 12 Ogos lalu untuk soal siasat awal.

Kes itu tidak dibuka kepada awam bagi melindungi siasatan, kata polis. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia