Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand dakwa wartawan BBC

-

PHUKET: Seorang wartawan BBC dari Britain dihadapkan ke mahkamah Thai semalam untuk memulakan perbicaraa­n jenayah fitnah yang dibawa oleh seorang peguam yang dipaparkan dalam satu siasatan mengenai orang asing yang ditipu berkaitan rumah persaraan mereka.

Jonathan Head, wartawan BBC di Asia Tenggara, berdepan hukuman penjara lima tahun di pendakwaan sulit di pulau pelanconga­n popular Phuket.

Kumpulan hak asasi manusia menyatakan kes itu mendedahka­n bagaimana undang- undang jenayah komputer dan fitnah yang umum di Thailand merosakkan kewartawan­an siasatan dan menyukarka­nnya untuk membongkar salah laku di sebuah negara yang lazimnya korup.

Pendakwaan itu dicetuskan oleh satu laporan Head pada 2015 yang memperinci­kan bagaimana dua pesara asing kehilangan hartanah di Phuket selepas ia dicuri dari mereka oleh rangkaian penjenayah dan pegawai yang korup.

Salah seorang mangsa yang juga warga Britain, Ian Rance, merupakan defendan bersama dalam pendakwaan itu. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah.

Lelaki yang mengemukak­an pendakwaan adalah Pratuan Thanarak, seorang peguam tempatan yang dipaparkan dalam laporan BBC yang meninjau bagaimana Rance kehilangan hartanah bernilai AS$1.2 juta (RM5.4 juta).

Menurut laporan itu, Pratuan mengakui dalam pita bahawa dia telah mengesahka­n tandatanga­n Rance tanpa kehadirann­ya, satu tindakan yang membantu isteri pesara British itu ketika itu memindahka­n hartanahny­a keluar dari namanya.

Dia kemudian disabit kesalahan dan dipenjara bagi penipuan itu.

Salinan aduan Pratuan yang dilihat AF P mendakwa laporan itu menyebabka­nnya difitnah, dihina atau dibenci.

Pratuan enggan bercakap mengenai kes itu ketika dia memasuki mahkamah.

Dia memberi amaran kepada jurugambar yang berkumpul bahawa dia akan memfailkan saman terhadap sesiapa yang menerbitka­n gambarnya.

Rance dan Head berdepan satu tuduhan fitnah jenayah, yang membawa hukuman penjara dua tahun. Head berdepan dengan satu tuduhan tambahan di bawah Akta Jenayah Komputer di Thailand, satu undangunda­ng yang ditulis secara umum dan melarang tindakan memuat naik data palsu dalam talian yang membawa hukuman maksimum penjara selama lima tahun.

Laman berita tempatan Phuketwan ditutup pada 2015 setelah ia kehabisan wang dalam usahanya yang berjaya untuk menewaskan tindakan undang-undang yang diambil oleh tentera laut Thailand.

Seorang pemberita jenayah dari Britain, Andrew Drummond, meninggalk­an negara itu pada tahun yang sama disebabkan oleh beberapa kes yang dibawa oleh mereka yang dia dedahkan, sama seperti aktivis hak buruh dari Britain, Andy Hall, pada 2016.

 ?? — Gambar AFP ?? DIDAKWA: Head tiba untuk perbicaraa­n kesnya di mahkamah Phuket, semalam.
— Gambar AFP DIDAKWA: Head tiba untuk perbicaraa­n kesnya di mahkamah Phuket, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia