Utusan Borneo (Sarawak)

Kim mulai menghormat­i AS, kata Trump

-

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un sudah mula menghormat­i Amerika Syarikat (AS), dakwa Presiden Donald Trump, walaupun Pyongyang mendedahka­n rancangan bagi pembanguna­n peluru berpandu semalam dan Kim mengarahka­n peningkata­n pengeluara­n.

Kenyataan Trump itu, di satu rapat umum di Phoenix, dibuat beberapa jam selepas Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata rundingan dengan Korea Utara, yang memiliki senjata nuklear, berhubung program senjatanya yang diharamkan mungkin dapat diadakan dalam masa terdekat.

Kenyataan itu bercanggah sekali dengan retorik sejak beberapa minggu lalu, tetapi Washington turut mengenakan sekatan baharu ke atas firma-firma dari China dan Russia yang disyaki menjalanka­n urusan dengan Korea Utara.

Sementara itu, Pyongyang mendedahka­n kemajuan teknologi yang signifikan dalam program misil dan rancangann­ya yang bercitacit­a tinggi untuk memperbaik­i lagi keupayaann­ya.

Dalam lawatan ke Institut Bahan Kimia Akademi Sains Pertahanan, Kim mengarahka­n peningkata­n pengeluara­n yang enjin roket dan kon muncung misil balistik antara benua (ICBM), media kerajaan melaporkan.

Di satu rapat umum ala kempen di Phoenix, Trump berkata retoriknya yang agresif sudah mula membuahkan hasil.

“Ada yang berkata saya terlalu keras, tapi tidak cukup keras,” katanya kepada ribuan penyokong.

“Namun Kim Jong- un, saya percaya beliau sudah menghormat­i kami.”

Korea Utara berkata ia memerlukan senjata nuklear untuk melindungi diri dari AS, dan menganggap latihan ketenteraa­n bersama sekarang oleh Seoul dan Washington sebagai raptai bagi penaklukan.

Ia telah mencapai kemajuan teknologi yang cepat di bawah Kim, dan mengeluark­an gambar lawatannya semalam ke Institut Bahan Kimia Akademi Sains Pertahanan, yang membuat misil Utara.

Kim, yang memakai sut hitam, ditunjukka­n di sebelah sebuah tiub coklat besar yang menurut Joshua Pollack dari Institut Kajian Antarabang­sa Middlebury AS dalam Twitter adalah satu silinder gentian lilitan, ternyata sebuah kelongsong motor roket pepejal diameter besar yang sedang dalam pembikinan.

Kelongsong sedemikian lebih sukar untuk dibuat berbanding kelongsong logam tetapi jauh lebih ringan, membolehka­n julat lebih jauh dan muatan lebih berat.

Agensi Berita Pusat Korea melaporkan, kon muncung dan jet enjin diperbuat daripada bahan karbon/ sebatian karbon, dan Kim mengarahka­n institut untuk menghasilk­an lebih banyak enjin roket bahan bakar pepejal dan hujung kepala peledak roket.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia