Utusan Borneo (Sarawak)

Panglima AS dilepas tugas

-

WASHINGTON: Panglima Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) akan dilepaskan dari tugasannya ekoran pelanggara­n yang menyebabka­n kematian di antara sebuah kapal pemusnah dengan sebuah kapal saudagar, insiden terbaharu dalam siri kecelakaan serupa, kata seorang pegawai pertahanan kelmarin.

Keputusan untuk melepaskan Laksamana Madya Joseph Aucoin dari jawatan tersebut di Jepun dibuat ketika Tentera Laut menjalanka­n siasatan global bagi seluruh armada ekoran insiden Isnin lepas yang melibatkan kapal USS John S. McCain yang menyebabka­n 10 kelasi hilang dan lima cedera.

Ia merupakan pelanggara­n kedua yang membawa padah dalam tempoh dua bulan – selepas kapal USS Fitzgerald bertembung dengan sebuah kapal kargo yang mengibarka­n bendera Filipina di perairan Jepun pada Jun lalu, menyebabka­n kematian tujuh kelasi – dan kecelakaan keempat di Lautan Pasifik pada tahun ini yang membabitka­n sebuah kapal perang Amerika.

Kemalangan terbaharu berlaku sebelum subuh pada laluan perkapalan yang sibuk sekitar Selat Singapura, menyebabka­n air memasuki kapal.

Satu operasi mencari secara besar- besaran melibatkan pesawat dan kapal terbang dilancarka­n dan penyelam Tentera Laut AS menyertai operasi tersebut kelmarin, untuk memeriksa bahagian kapal yang dimasuki air.

Penyelam menjumpai mayat beberapa kelasi, kata Laksamana Scott Swift, selaku panglima Armada Pasifik AS, kelmarin.

Kapal McCain menuju ke Singapura untuk persinggah­an rutin selepas menjalani ‘operasi kebebasan navigasi’ di Laut China Selatan yang menjadi rebutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia