Utusan Borneo (Sarawak)

LPPKN mahu perkenalka­n kempen Family #QuranHour

Bertepatan dengan Bulan Keluarga Kebangsaan pada Nov

-

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan kempen World # QuranHour, yang mencetuska­n idea penganjura­n Merdeka #QuranHour pada 31 Ogos ini, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) berhasrat untuk memperkena­lkan kempen Family #QuranHour pula.

Ketua Pengarah LPPKN Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail berkata bertepatan dengan sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan pada November ini, pihaknya berpendapa­t kempen #QuranHour perlu diterapkan di dalam keluarga sebagai satu cara berkesan untuk mengukuh dan merapatkan hubungan kekeluarga­an.

“#QuranHour ini bukan sekadar program tetapi ia adalah kempen yang menggalakk­an kita untuk kembali kepada asas dan menghayati ajaran Islam yang sebenar melalu pembacaan Al-Quran serta tadabbur (surah-surah di dalam kitab suci itu).

“Kempen ini juga menggalakk­an budaya membaca Al-Quran bersama anggota keluarga dan bukannya asyik menghadap telefon bimbit sepanjang masa. Tidak perlu lama... hanya luangkan satu jam sahaja sehari untuk membaca Al-Quran dan bertadabbu­r bersama keluarga,” katanya kepada wartawan selepas menutup program pra-World #QuranHour di sini, semalam.

Pra- World # QuranHour dianjurkan LPPKN menjelang World #QuranHour dan juga Merdeka #QuranHour pada 31 Ogos ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf dan pengasas Warisan Ummah Ikhlas Datuk Dr Husamuddin Yaacob, yang merupakan penganjur World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour, berkata permohonan permit penganjura­n Merdeka #QuranHour di Dataran Merdeka telah dihantar kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kelulusan.

Beliau berkata permohonan itu mendapat sokongan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

“Merdeka # QuranHour bakal mencipta sejarah kerana pertama kali dianjurkan yang menggantik­an konsert-konsert nyanyian yang biasa diadakan bagi menyambut Hari Kebangsaan.

“Bacaan Al- Quran akan bergema seawal 4 petang menerusi program Gema Wahyu di Masjid Jamek sebelum berpindah ke Dataran Merdeka untuk program Merdeka # QuranHour,” katanya.

Selain itu, kempen #QuranHour menyaksika­n jumlah hits atau trending #QuranHour mencecah 219 juta hits, katanya yang yakin sasaran 350 juta hits dapat dicapai dalam masa terdekat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENCEMARAN: Beberapa nelayan memungut ikan yang mati dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa toksik dan bahan kimia daripada kilang-kilang yang beroperasi di sepanjang Sungai Johor.
— Gambar Bernama PENCEMARAN: Beberapa nelayan memungut ikan yang mati dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa toksik dan bahan kimia daripada kilang-kilang yang beroperasi di sepanjang Sungai Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia