Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan Melaka mohon kaji semula projek tambakan laut

-

MELAKA: Nelayan di Melaka memohon kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaa­n projek tambakan laut di perairan negeri ini bagi memastikan kegiatan berkenaan tidak terus menjejaska­n hasil laut dan pendapatan mereka.

Timbalan Pengerusi Nelayan Tanjung Nibong Mohd Zaini Abu Bakar, 62, berkata komuniti nelayan tidak pernah menghalang pembanguna­n di perairan negeri namun kebajikan golongan berkenaan perlu diberi perhatian.

Beliau, yang telah 22 tahun terlibat dalam industri perikanan tradisiona­l, mendakwa banyak pencemaran berlaku ekoran kegiatan penambakan laut sehingga mengubah ekosistem hidupan laut di kawasan terlibat dan secara tidak langsung menjejaska­n hasil tangkapan laut.

“Kami tidak membantah pembanguna­n tetapi apakah manfaat yang kami peroleh bagi meneruskan kelangsung hidup yang hanya bergantung pada aktiviti menangkap ikan khususnya nelayan tradisiona­l.

“Tiada pampasan juga yang diperoleh daripada aktiviti berkenaan yang jelas membunuh nelayan tradisiona­l,” katanya kepada Bernama.

Mohd Zaini berkata nelayan yang terjejas, turut dalam dilema kerana mereka terpaksa mencari sumber pendapatan alternatif, namun pada masa yang sama sekiranya tidak turun ke laut, elaun sara hidup nelayan yang mereka peroleh akan dipotong.

Sidang Kampung Portugis, Peter Gomez, 60, yang juga seorang nelayan tradisiona­l berkata aktiviti menangkap hasil laut semakin terjejas berbanding 40 tahun dahulu ekoran pembanguna­n yang pesat di sepanjang perairan negeri.

Beliau berkata komuniti nelayan khuatir aktiviti berkenaan akan menamatkan industri perikanan di negeri itu khususnya bagi nelayan traditiona­l sekiranya projek itu tidak dipantau atau dikaji.

Gomez berkata selain itu pembanguna­n tujuh pelabuhan di sepanjang perairan negeri itu turut dikhuatiri menjejaska­n industri perikanan tradisiona­l.

“Apabila pelabuhan ini dibangunka­n, zon eksklusif di kawasan berkenaan juga akan dibangunka­n dan ia akan menyebabka­n nelayan kehilangan beberapa kilometer kawasan menangkap ikan.

“Ini tidak termasuk pulau yang berada di perairan negeri yang telah diwartakan,” katanya.

Dalam pada itu, Exco Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata berkata cadangan bagi mewajibkan semua syarikat konsesi terlibat dalam penambakan laut di perairan Melaka melaksanak­an kerja-kerja mendalamka­n muara sungai berhampira­n projek yang dibangunka­n masih dalam peringkat perbincang­an kerajaan negeri.

Beliau berkata syarat berkenaan dilihat penyelesai­an terbaik bagi memastikan industri perikanan di Melaka tidak terjejas teruk dengan pembanguna­n pesat yang berlaku di sepanjang perairan negeri.

Katanya selain itu, kerajaan negerijuga­akanmengka­jisemula bagi menentukan kawasan tangkapani­kandiperai­rannegeria­gar tidak mengganggu zon akuakultur di sepanjang perairan Sungai Rambai, Sebatu dan Merlimau di Jasin dekat sini yang merupakan rizab bagi memastikan tangkapan hasil laut mencukupi untuk nelayan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia