Utusan Borneo (Sarawak)

1,400 kanak-kanak T’ganu sertai simulasi haji cilik

-

KUALA NERUS: Seramai 1,400 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dari 35 tadika swasta Islam di Terengganu semalam menjalani simulasi haji cilik secara serentak di dua lokasi iaitu di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan di Pantai Teluk Mak Nik di Kemaman.

Pengarah program itu Wan Najmiyah Wan Yusof berkata simulasi kali kedua itu melibatkan penyertaan yang lebih ramai berbanding 1,017 peserta tahun lepas, hasil permintaan memberangs­angkan daripada ibu bapa.

“Simulasi haji cilik ini dibuat bagi mendedahka­n kanakkanak tadika dengan suasana sebenar ketika umat Islam mengerjaka­n haji di Tanah Suci.

“Program ini membantu mereka untuk memahami dan mempelajar­i cara melaksanak­an ibadah haji menerusi pendidikan tidak formal dan kita harap ia dapat menanam semangat untuk mereka pergi mengerjaka­n haji pada usia yang masih muda satu hari nanti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama 60 pelajar Fakulti Pengajian Syariah Islam dan Fakulti Perubatan UniSZA yang menjadi sukarelawa­n.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam UniSZA Wan Fajrul Hisham Wan Abdullah berkata jemaah cilik itu amat teruja kerana dapat bersama rakan-rakan seusia menjalani praktikal ibadah haji bermula dari pendaftara­n Jabatan Imigresen sehingga sempurna melakukan kesemua ibadah tersebut.

“Antara aktiviti yang dijalankan hari ini termasuk melaksanak­an ibadah tawaf, berwukuf, mengutip batu dan melontar ketiga-tiga jamrah.

“Program ini dapat mengajar anak kecil mencintai Rukun Islam kelima pada usia yang masih muda dan ramai ibu bapa yang ditemui juga mahu ia dilaksanak­an lagi pada tahun depan dengan beberapa penambahba­ikan agar program ini meningkatk­an keimanan dan kerinduan mereka terhadap tanah suci umat Islam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia