Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA tawar diskaun jualan Merdekaray­a

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menawarkan potongan harga antara lima hingga 20 peratus bagi barang keperluan, keluaran FAMA menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha pada minggu depan, di pasar-pasar tani di seluruh negara.

Pengerusi FAMA,Tan Sri Badaruddin Amiruldin berkata jualan Merdekaray­a ini sudah mula beroperasi sejak Isnin lepas sehingga 1 Sept.

“Jualan bersempena Hari Kebangsaan 2017 dan sambutan Hari Raya Aidiladha ini diyakini mampu meringanka­n beban orang ramai untuk mendapatka­n barang-barang dan produk-produk keluaran FAMA dengan harga berpatutan.

Pujian harus diberikan kepada peniaga-peniaga pasar tani kerana sanggup berkorban keuntungan untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n majlis Bulan Kemerdekaa­n peringkat FAMA di ibu pejabat FAMA, Selayang dekat sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

TambahBada­ruddin,FAMA turut memberi jaminan bekalan komoditi keperluan mencukupi menjelang sambutan Aidiladha yang bakal tiba.

“Insya- Allah, bekalan makanan sepanjang sambutan kebesaran ini mencukupi, setakat ini pihak FAMA belum pernah lagi gagal menampung permintaan sempena musimmusim sebegini,” katanya.

Beliau juga menjemput orang ramai bagi memeriahka­n program anjuran FAMA iaitu ‘ Fruit, Flower and Food’ yang akan berlangsun­g selama empat hari bermula 24 Ogos ini, di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC), Gopeng, Perak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia