Utusan Borneo (Sarawak)

PERTAMA KALI SERTAI PERTANDING­AN MEMANCING, AZEMI RAIH RM10,000

-

TEMPOH satu jam setengah penuh sabar menunggu selepas melabuhkan mata kail ke dasar laut pada jam 8.30 pagi di Tebingan Promenade Bintulu akhirnya membuahkan hasil apabila seekor ikan pari seberat 2.080 kilogram (kg) bersaiz sederhana besar termakan umpan lalu tersangkut pada mata kail Azemi Mahli, 36, sekitar jam 10 pagi sekali gus mendahului pemancing lain untuk beliau muncul juara Pertanding­an Joran Merdeka (Menyilem Latik) 2017.

Kejuaraan yang diraihnya itu membolehka­nnya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, alat memancing dan hadiah iringan lainnya. Sesuatu yang membanggak­an buat Azemi dengan menyifatka­n kemenangan itu sebagai rezeki beliau dan anak-anak berikutan julung kalinya menyertai pertanding­an memancing yang menawarkan hadiah lumayan tersebut.

“Mungkin rezeki saya dan anak-anak sehingga saya berjaya menangkap ikan pari yang membawa kemenangan ini. Penyertaan ini yang pertama kali buat saya dan belum pernah saya menyertai dan memenangi pertanding­an seperti ini. Ini pun saya mendaftar penyertaan pada saat-saat akhir,” ujar Azemi semasa ditemui Utusan Borneo selepas berakhirny­a pertanding­an tersebut.

Pihak penganjur, Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu menetapkan tempoh pendaftara­n berakhir pada jam 8 pagi sebelum acara bermula pada jam 8.30 pagi.

Azemi menambah beliau amat gembira memenangi pertanding­an itu dan kemenangan tersebut juga kebetulan dua hari sebelum hari lahir beliau yang ke-36 tahun.

Mengenai hadiah yang dimenangi itu katanya: “Saya tidak pasti, saya belum memikirkan rancangan mengenai hadiah ini kerana masih rasa teruja tetapi mungkin akan me- lihat keperluan anak-anak terlebih dahulu.”

Kemenangan itu juga katanya, telah menaikkan semangatny­a untuk terus menyertai pertanding­an seumpamany­a sekiranya diadakan lagi oleh pihak tertentu pada masa depan, insya-Allah.

Dalam pada itu, menduduki tempat kedua ialah Safri Mamat yang berjaya menangkap ikan seberat 1.480kg sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan lainnya.

Diikuti tempat ketiga pula menjadi milik Rizal Razali dengan tangkapan seberat 1.230kg dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Tempat keempat dan kelima pula masing-masingnya disandang Iswandi Sahrum dan Saifuddin Daud dengan berat tangkapan 0.880 gram dan 0.840 gram sekali gus menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM300.

Tempat keenam hingga ke-10 yang masing-masingnya menerima RM100 terdiri daripada Hailmirza Rosdi, Mohd Aiman Hafiz, Jong Heon Min, Awang Drahman Awang Lai dan Petrus Genshiro Petrus.

Manakala tempat ke-11 hingga ke-20 menerima RM50 setiap seorang ialah Hiyshamudd­in Mohamad, Jemat Mok, Mohd Rosli, Mohd Hilmi Sahari, Mustapha Dollah, Iqbal Baharudin, Mohd Sherman Semon, Azren Zaharen Mankay, Khairul Anuar Jahi dan Ibrahim Suhaili.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaika­n Presiden PAVB Pandi Suhaili, Timbalan Presidenny­a Mohammad Shamad Ahmad, Naib Presiden Yusuff Ali dan Setiausaha Agungnya Ismawi Ishak.

Joran Merdeka merupakan aktiviti sampingan sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak berpusat di Bintulu pada 31 Ogos 2017.

Dalam pada itu, Pandi Suhaili berkata pertanding­an pada tahun ini mendapat penyertaan di luar jangkaan dengan disertai 326 peserta.

“Sasaran kami hanya 200 peserta tetapi pemancing-pemancing dan warga Bintulu begitu menyambut baik dan sama-sama menyokong pertanding­an ini. Kami berjaya mengadakan- nya cukup harmoni untuk warga Bintulu dan antara satu aktiviti PAVB sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri yang berpusat di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata, pertanding­an bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 3 petang dan banyak ikan diperolehi para peserta sepanjang pertanding­an itu berlangsun­g.

“Lebih 50 ekor ikan berjaya ditangkap dan hanya yang terberat sahaja dikira tetapi sekiranya ada ikan yang mempunyai berat yang sama, kami mengadilin­ya mengikut kategori tangkapan ikan untuk masa terpantas.

“Itu antara syarat-syarat pertanding­an yang kami tetapkan dan pertanding­an pula berjalan dengan baik, tiada masalah dan tiada kemalangan yang berlaku,” jelasnya.

Beliau berkata, petugas-petugas dan marsyalmar­syal kami melaksana- kan kerja mereka dengan baik, begitu juga pengunjung-pengunjung memberi kerjasama untuk menjayakan pertanding­an ini.

“Saya mengucapka­n jutaan terima kasih kepada Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang membenarka­n Tebingan Promenade ini dijadikan venue Pertanding­an Joran Merdeka (Menyilem Latik) tahun ini.

“Tanpa kerjasama daripada agensi-agensi ini saya rasa agak sukar untuk PAVB menjayakan program seperti ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang sanggup menderma dan memberi sokongan kepada kami,” ujarnya.

Beliau berkata, penyertaan dalam pertanding­an ini begitu ramai melibatkan peserta dari Brunei Darussalam, Miri, Bintulu, Sibu, Mukah dan Sarikei.

“Penyertaan ramai sebegini yang kami mahukan dan dengan sambutan yang begitu meriah serta memberangs­angkan ini PAVB akan mengambil langkah untuk menerus dan mengusahak­an penganjura­n programpro­gram seperti ini lagi pada masa akan datang,” tambahnya.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Pandi (empat kiri) bersama ahli majlis tertinggi PAVB merakam gambar bersama para pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga iaitu Azemi (tengah), Safri dan Rizal (kanan). SABAR: Sebahagian pemancing yang menyertai Joran Merdeka 2017 menunggu...
KENANGAN: Pandi (empat kiri) bersama ahli majlis tertinggi PAVB merakam gambar bersama para pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga iaitu Azemi (tengah), Safri dan Rizal (kanan). SABAR: Sebahagian pemancing yang menyertai Joran Merdeka 2017 menunggu...
 ??  ?? KEDUA: Pandi menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat kedua, Safri Mamat (tiga kanan). KELIMA: Shamad menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat kelima, Saifuddin Daud (dua kanan).
KEDUA: Pandi menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat kedua, Safri Mamat (tiga kanan). KELIMA: Shamad menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat kelima, Saifuddin Daud (dua kanan).
 ??  ?? Oleh Abang Ismail Abang Su’ud
Oleh Abang Ismail Abang Su’ud
 ??  ?? REZEKI: Azemi (tiga kanan) menerima hadiah wang tunai RM10,000 daripada Pandi sambil disaksikan Shamad (dua kanan) dan ahli majlis tertinggi PAVB.
REZEKI: Azemi (tiga kanan) menerima hadiah wang tunai RM10,000 daripada Pandi sambil disaksikan Shamad (dua kanan) dan ahli majlis tertinggi PAVB.
 ??  ?? KETIGA:Pandi menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat ketiga, Rizal Razali (dua kanan).
KETIGA:Pandi menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat ketiga, Rizal Razali (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia