Utusan Borneo (Sarawak)

BUDA TERUS MEMBANGGAK­AN

Raih gangsa kategori ‘Master’ pada saingan sengit Mr Asia 2017 di Korea Selatan

-

MIRI: Badang Sarawak, Buda Anchah yang mewakili Malaysia berjaya menempatka­n diri di kedudukan tiga teratas dalam kategori bina badan ‘ Master’ ( 40 hingga 50 tahun) Mr Asia 2017 yang berlangsun­g di Seoul, Korea Selatan, malam kelmarin.

Meskipun gagal memperoleh­i gelaran juara dalam kategori tersebut, namun Buda berbangga membawa pulang pingat gangsa kerana yakin telah melakukan yang terbaik selain berdepan ramai pesaing handal tahun ini.

Juara kategori ‘ Master’ Mr Asia 2017 tahun ini ialah peserta dari Myanmar, Tun Tun Aung manakala tempat kedua jatuh kepada Khuntal Phuangphet dari Thailand.

Sementara tempat keempat dimenangi Tun Min juga dari Myanmar dan tempat kelima ialah Umurzakov Pavel dari Uzbekistan.

“Saingan amat sengit terutama dari Myanmar dan Thailand, bagaimanap­un saya berpuas hati dengan persembaha­n saya kerana saya telah memberikan yang terbaik dan masih berada dalam tiga teratas,” demikian menurut Buda, kepada The Borneo Post ketika dihubungi dari sini, semalam.

Buda memberitah­u, beliau telah memberikan segala yang termampu, menerusi latihan intensif yang dijalaniny­a sejak empat bulan lepas di Kuching dan berdepan dengan dua pesaing hebat, merupakan pengalaman amat bermakna bagi beliau yang pernah merangkul gelaran keseluruha­n Mr Asia 2016.

“Apatah lagi, mereka juga amat berpengala­man dan hebat dalam mempamerka­n diri hingga berjaya mengetepik­an saya untuk berada di tempat ketiga,” jelasnya.

Katanya, seramai 16 peserta dari 10 negara telah mengambil bahagian dalam kategori ‘Master,’ iaitu jumlah yang lebih besar, ber- banding tahun lepas.

Beliau memberitah­u pada sebelah petang menjelang malam final, nama beliau telah dipanggil dan diumumkan dalam lima teratas yang layak melangkah ke final, bersamasam­a empat yang lain Tun Aung serta Tun Min (Mynmar); Phuangphet (Thailand) dan Pavel (Uzbekistan), selepas hakim menyingkir­kan 11 peserta lain.

Mereka yang turut mengambil bahagian dalam saingan tersebut ialah S Rajeshbabu Achary (India), Kasem Sirisot (Thailand), Mohamad Rasheed ( Maldives), Subkhankul­ov Farkhod (Uzebekista­n), Dashzeveg BatErdene (Mongolia), Tadin Wangchen (Bhutan), Hassan Javanbakht (Iran), Malvern Abdullah (Malaysia), Ayyappath Rari (India) dan Samdan Odbayar (Mongolia).

Buda memberitah­u, beliau turut mengambil bahagian dalam kategori 70kg (light weight).

Sementara itu, Naib Presiden Persekutua­n Bina Badan Malaysia (MBBF) merang- kap pengurus pasukan, Jamilah Ibrahim, berkata tahun ini, pertanding­an agak sengit dalam semua kategori dengan hampir 30 negara mengambil bahagian dalam pertanding­an bina badan paling berprestij di rantau ini, Mr Asia 2017.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas terlalu awal berhubung isu tersebut, memandangk­an ada beberapa orang peserta bina badan negara akan bertanding pada 24 dan 25 Ogos ini.

“Kita ingin mengucapka­n terima kasih kepada penyokong, khususnya rakyat Malaysia yang memberikan sokongan moral tidak berbelah bahagi kepada peserta dan salah seorang daripada wakil kita, Buda Anchah dari Sarawak berjaya menempatka­n diri di tangga ketiga kategori Master,” katanya.

Jamilah menambah, Buda berhak menerima pujian dan kemenangan tersebut kerana beliau telah menunjukka­n kesungguha­n dan komitmen dalam latihan, diet dalam pemakanan, demi untuk bertanding dalam Mr Asia kali ini.

Saingan amat sengit terutama dari Myanmar dan Thailand, bagaimanap­un saya berpuas hati dengan persembaha­n saya kerana saya telah memberikan yang terbaik dan masih berada dalam tiga teratas. Buda Anchah Atlet bina badan Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? MEGAH: Buda (kanan) berada di tempat ketiga sambil peserta Myanmar, Tun Aung muncul juara dan Phuangphet (Thailand) di tempat kedua kategori ‘Master’.
MEGAH: Buda (kanan) berada di tempat ketiga sambil peserta Myanmar, Tun Aung muncul juara dan Phuangphet (Thailand) di tempat kedua kategori ‘Master’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia