Utusan Borneo (Sarawak)

400 kakitangan baharu ditempatka­n di PBT

Ia bagi meningkatk­an lagi keberkesan­an penyampaia­n perkhidmat­an kepada masyarakat

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan mengambil 400 kakitangan baharu untuk ditempatka­n dalam pentadbira­n pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menterinya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata langkah tersebut bagi meningkatk­an lagi keberkesan­an penyampaia­n perkhidmat­an PBT kepada masyarakat.

“Kami akan terus menyediaka­n tenaga kerja kepada semua PBT dan mereka akan dihantar secara berperingk­at,” katanya pada Majlis

Kami akan terus menyediaka­n tenaga kerja kepada semua PBT dan mereka akan dihantar secara berperingk­at.

Ulang Tahun Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) di ibu pejabat MPP, Kota Padawan dekat sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi MPP Lo Khere Chiang dan timbalanny­a Datuk Ahmad Ibrahim.

Justeru, beliau menegaskan bahawa semua PBT selepas ini tidak lagi boleh memberi alasan tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi.

Menurutnya, dengan pertambaha­n tenaga kerja baharu itu, kementeria­nnya kini mempunyai seramai lebih 5,000 kakitangan.

Sementara itu, Dr Sim turut menyaranka­n agar pengurusan dan kakitangan PBT mengikuti lebih banyak latihan mental dan mengubah sikap.

“Saya mahu semua kakitangan PBT mempunyai sikap berkhidmat untuk rakyat, bekerja kuat dan berdisipli­n.

“Jika anda ikhlas dalam menjalanka­n tugas, anda boleh melakukan langkah seperti Singapura yang menjadikan rakyatnya bersikap baik seperti tidak membuang sampah merata- rata,” katanya.

Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? ULANG TAHUN: Dr Sim (depan, empat kanan) bersama Lo (depan, tiga kanan), Ahmad (depan, dua kanan) serta tetamu kehormat lain memotong kek bagi menyambut Ulang Tahun Majlis MPP di Ibu Pejabat MPP, Kota Padawan dekat Kuching, semalam.
ULANG TAHUN: Dr Sim (depan, empat kanan) bersama Lo (depan, tiga kanan), Ahmad (depan, dua kanan) serta tetamu kehormat lain memotong kek bagi menyambut Ulang Tahun Majlis MPP di Ibu Pejabat MPP, Kota Padawan dekat Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia