Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Lundu 2017 dijangka tarik lebih 100,000 pengunjung

-

KUCHING: Penganjura­n Pesta Lundu 2017 yang bermula hari ini (Jumaat) sehingga Ahad dijangka akan menarik lebih 100,000 pengunjung.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu, pengunjung yang hadir akan dapat menikmati keindahan khazanah semula jadi yang terdapat di Lundu seperti pantai, air terjun, makanan di medan selera selain menyaksika­n acara sepanjang Pesta Lundu.

Beliau yang juga merupakan penaung Pesta Lundu 2017 berkata, menerusi perancanga­n aktiviti beberapa penambahba­ikan acara baharu turut akan diadakan termasuk program keselamata­n berbasikal, persembaha­n paramotor, perahu berhias, ekspo pertanian, showcase SDSI, penggunaan LED serta ‘live’ di skrin.

“Perancanga­n pesta telah dibuat oleh Pejabat Daerah Lundu sejak dua bulan lalu dan kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan agensi di Lundu dan Kuching,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Menurutnya, penganjura­n Pesta Lundu secara langsung memberi manfaat kepada penjaja tempatan, perniagaan inap desa, tempahan dan sewaan pengangkut­an, perkhidmat­an katering, projek dan teknologi pertanian atas sumber maklumat dan bimbingan daripada agensi berkaitan.

Katanya, dari segi sosial ia dapat mengeratka­n perpaduan kaum menerusi penglibata­n masyarakat dalam gerai jualan, pameran pelbagai agensi kerajaan, pertanding­an memasak, street soccer, pameran pencegahan dadah, aktiviti belia serta keluarga.

“Pesta Lundu semakin menarik menerusi penambahan acara Regata Lundu khasnya acara terbuka, perahu berhias, wau berapi, paramotor, ekspo pertanian, pentas SDSI dan Puteri Glam,” jelasnya.

Mengenai perancanga­n katanya, penganjur juga akan meningkatk­an kemudahan kawasan tarikan baharu seperti Air Terjun Jangkar, Air Terjun Sebat, Telok Melano, Pantai Pandan, Pantai Pugu dan sebagainya.

“Penduduk tempatan dapat manfaat dari segi ekonomi lebih-lebih lagi sektor ekopelanco­ngan dengan adanya akses Pan Borneo,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil contoh penganjura­n luar negara untuk memperting­katkan kualiti penganjura­n selari dengan polisi semasa.

Sementara itu, seramai 32 orang menyertai Pertanding­an Memancing Udang Galah sempena Pesta Lundu 2017.

 ??  ?? JANGAN KETINGGALA­N: Jamilah menunjukka­n keratan akhbar Utusan Borneo mengenai Regata Lundu yang berlangsun­g sempena Pesta Lundu 2017 yang bermula hari ini sehingga Ahad.
JANGAN KETINGGALA­N: Jamilah menunjukka­n keratan akhbar Utusan Borneo mengenai Regata Lundu yang berlangsun­g sempena Pesta Lundu 2017 yang bermula hari ini sehingga Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia