Utusan Borneo (Sarawak)

Pengangkat­an anak jejas proses kewarganeg­araan

JPN tolak permohonan dapatkan kewarganeg­araan oleh penduduk Sarawak disebabkan masalah ini

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN) terpaksa menolak permohonan mendapatka­n kewarganeg­araan oleh penduduk Sarawak disebabkan masalah berkaitan pengangkat­an anak.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dr Saadiah Abdul Samat berkata statistik setakat 31 Disember 2016 menunjukka­n daripada 4,098 permohonan mendapatka­n kewarganeg­araan penduduk Sarawak, hanya 2,884 permohonan diluluskan manakala baki 1,214 ditolak akibat masalah berkaitan pengangkat­an anak.

Beliau berkata masalah itu timbul kerana prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai ketika ini tidak mempunyai perincian tentang tafsiran seragam berhubung peruntukan di bawah Ordinan Pengangkat­an (Bab 91) serta perundanga­n berkaitan.

“Oleh itu, Bengkel Pemurnian SOP, Panduan Pengurusan Pengangkat­an Anak di Sarawak yang diadakan dua hari ini bakal mewujudkan amalan seragam dalam memproses permohonan pengangkat­an anak yang dikemukaka­n kepada pejabat daerah.

“Isu ini perlu ditangani segera kerana ia menimbulka­n kerumitan kepada kanak-kanak dan keluarga berkenaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Bengkel Pemurnian SOP Panduan Pengurusan Pengangkat­an Anak di Sarawak di sebuah hotel di sini kelmarin.

Menurutnya, kementeria­n mengiktira­f banyak isu berkaitan pengangkat­an anak di Sarawak berkaitan skop undang-undang itu sendiri.

Beliau berkata Ordinan Pengangkat­an bermakna untuk pengangkat­an anak di Sarawak dan ada ‘Kaitan dengan Sarawak’ sahaja, oleh itu untuk mewujudkan hubungan itu, interpreta­si tidak konsisten boleh berlaku.

“Apabila ‘Kaitan dengan Sarawak’ tidak wujud, pemohon berasa kecewa kerana SOP sedia ada di pejabat daerah akan menamatkan proses perundinga­n dengan penolakan dalam kebanyakan kes tanpa nasihat yang kompeten mengenai langkah alternatif dan tindakan selanjutny­a untuk menangani isu itu,” katanya.

Sebagai contoh katanya, ialah menasihati pihak-pihak yang tiada ‘ Kaitan dengan Sarawak’ untuk mematuhi Akta Pengangkat­an atau Ordinan Pengangkat­an Sabah jika ia relevan masing- masing di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah. Atau mendapatka­n pensijilan konsulat asing yang relevan jika ia melibatkan warga asing, tambahnya.

“Nasihat sedemikian yang disebut dalam SOP baharu ini dapat mengurangk­an emosi dalam permohonan status kewarganer­agaan anak angkat,” ujarnya.

Menurutnya proses globalisas­i, mobiliti dan pembanguna­n telah mengubah landskap sosial masyarakat.

Katanya masyarakat sekarang lebih mudah bergerak disebabkan peluang-peluang pekerjaan di luar tempat asal mereka atau luar Sarawak dan lebih ramai warga asing dan rakyat Malaysia datang ke negeri ini.

Keadaan itu katanya, telah mewujudkan cabarancab­aran sosial serta isu berkaitan hubungan dan institusi keluarga sehingga menyebabka­n pengangkat­an anak berlaku atas pelbagai sebab.

“Saya yakin bengkel ini telah mewujudkan mekanisme penyelaras­an berkesan mengenai isu serta taksiran berkenaan pengangkat­an anak dalam perundanga­n berkuat kuasa di Sarawak.

“Saya juga yakin SOP dan proses kerja yang telah direka bentuk mempunyai tafsiran seragam dan teratur untuk diguna pakai di semua pejabat daerah bagi menangani masalah pengangkat­an anak di sarawak dengan lebih berkesan,” katanya.

Oleh itu, Bengkel Pemurnian SOP, Panduan Pengurusan Pengangkat­an Anak di Sarawak yang diadakan dua hari ini bakal mewujudkan amalan seragam dalam memproses permohonan pengangkat­an anak yang dikemukaka­n kepada pejabat daerah. Dr Saadiah Abdul Samat Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? SERAH: Hii (dua kiri) menyerahka­n memorandum daripada Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Sarawak Bahagian Miri kepada Amer sambil disaksikan David (kiri) dan James.
SERAH: Hii (dua kiri) menyerahka­n memorandum daripada Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Sarawak Bahagian Miri kepada Amer sambil disaksikan David (kiri) dan James.
 ??  ?? SAADIAH
SAADIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia