Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran keluarga suntik semangat Ezuan bidik emas KL2017

-

PETALING JAYA: Kehadiran keluarga pada saat-saat akhir menjadi pembakar semangat bagi Muhd Ezuan Nasir Khan mencipta sejarah menjadi penembak pertama Malaysia memenangi pingat emas dalam acara 50m rifle prone lelaki pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang, dekat sini, semalam.

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu jelas gembira dengan kejayaan tersebut memandangk­an tiada wakil Malaysia pernah meraih pingat emas dalam acara berkenaan pada temasya sukan dwitahunan itu.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara berkenaan adalah menerusi Shahril Sahak yang meraih pingat perak pada edisi 2011 di Indonesia.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana saya hanya berusaha sehabis baik dan saya berterima kasih kepada keluarga saya terutamany­a ibu bapa yang tidak hentihenti memberikan sokongan kepada saya.

“Saya sebenarnya tidak perasan kehadiran keluarga saya kerana mereka sampai lewat sedikit dan apabila dengar sorakan mereka, ia beri lebih semangat kepada saya untuk berikan yang terbaik,” kata Muhd Ezuan yang ditemui pemberita selepas berakhirny­a acara berkenaan.

Pemenang pingat perak Sukan SEA 2015 di Singapura mengakui Majlis Sukan Negara dan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin banyak membantu dalam memberikan sokongan moral dan kewangan kepadanya setelah digugurkan daripada Program Podium, awal tahun ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia