Utusan Borneo (Sarawak)

PEKERJA MELECUR DALAM KEBAKARAN BANGUNAN KILANG SEJUK BEKU

-

MIRI: Seorang pekerja warga asing melecur di bahagian muka dan tangan ketika cuba menyelamat diri dalam kebakaran berlaku di bangunan kilang sebuah syarikat pengeluar makanan laut di Sungai Baong, Krokop di sini awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kadir sempat melarikan diri ke sebuah kapal nelayan yang sedang berlabuh di bahagian belakang kilang tersebut.

Kadir, warga negara Indonesia melecur di bahagian muka kanan dan tangan kiri kemudian diberikan rawatan awal di tempat kejadian oleh anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang turut bergegas ke lokasi.

Dalam pada itu, kebakaran berlaku sekitar jam 6.15 pagi tersebut telah memusnahka­n keseluruha­n kuarters pekerja bersambung dengan kilang sejuk beku terletak di bahagian belakang baunguan tersebut.

Manakala kedainya terletak di bahagian hadapan hanya terbakar 25 peratus.

Difahamkan, bangunan itu menempatka­n kilang sejuk beku, kuarters pekerja, pejabat syarikat dan juga kedai menjual makanan laut.

Sementara itu menurut seorang pekerja kilang berkenaan yang dikenali sebagai Kadsari, 45, ketika kejadian, dia sedang mencuci beras untuk di masak apabila terasa bahang panas dan api tiba-tiba muncul di biliknya yang terletak di tingkat atas kuarters berkenaan.

“Serentak itu, saya terus menggapai beberapa helai pakaian yang digantung pada pengangkut baju serta beg pakaian sebelum berlari keluar untuk menyelamat­kan diri,” katanya yang sudah berkerja selama enam tahun di syarikat itu sebagai nelayan.

Semasa kejadian katanya, dianggarka­n seramai lima orang pekerja kesemuanya nelayan berada di kuarters berkenaan sementara yang lain telah keluar ke laut menangkap ikan.

Ketika kejadian, kesemua mereka telah bangun kerana rutin harian bangun seawal jam 3 pagi untuk memunggah hasil tangkapan dari kapal ke kilang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata seramai 14 anggota bersama dua jentera pemadam telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.32 pagi.

“Anggota bertungkus lumus memadam kebakaran termasuk membina pemecah api untuk mengelak kebakaran daripada terus merebak ke keseluruha­n bangunan dan juga stesen minyak yang terletak bersebelah­an,” katanya.

Menurut Law, api yang marak berjaya dipadamkan dalam masa beberapa minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 8.09 pagi.

Bagaimanap­un katanya punca dan nilai sebenar kerugian masih disiasat.

Turut bergegas ke lokasi kebakaran ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan ADUN Pujut Dr Tiong Tiong Choon.

 ??  ?? MARAK: Api marak telah memusnahka­n keseluruha­n bangunan kuarters pekerja yang dibina bersambung dengan kilang sejuk beku di bahagian belakang. SELAMATKAN DIRI: Seorang pekerja warga Indonesia melecur di muka dan tangan ketika cuba menyelamat­kan diri...
MARAK: Api marak telah memusnahka­n keseluruha­n bangunan kuarters pekerja yang dibina bersambung dengan kilang sejuk beku di bahagian belakang. SELAMATKAN DIRI: Seorang pekerja warga Indonesia melecur di muka dan tangan ketika cuba menyelamat­kan diri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia