Utusan Borneo (Sarawak)

MAYAT HAJI LEMBONG DITEMUI

-

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Haji Lembong yang hilang sejak 16 Ogos lalu dihentikan selepas pasukan operasi berjaya menemui mayatnya kira-kira satu kilometer dari Kampung Sampun Tebun, Asajaya semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 75 tahun itu ditemui di kawasan hutan bakau dalam keadaan sempurna pada kira-kira jam 11 pagi selepas operasi SAR disambung semula sekitar jam 8 pagi semalam.

“Pasukan operasi dan penduduk kampung menjumpai mayat mangsa dalam jarak kira-kira satu kilometer dari Kampung Tebun di kawasan hutan bakau dan kira-kira 300 meter dari tempat topi mangsa dijumpai semalam.

“Mayat yang dijumpai telah dikenal pasti oleh keluarga mangsa dan keadaan mayat mangsa masih sempurna,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a dan operasi ditamatkan pada jam 12.45 tengah hari.

Pada 15 Ogos lalu, mangsa dikatakan turun ke laut untuk menangkap ketam dan kali terakhir dilihat adalah pada jam 1 pagi pada 16 Ogos sebelum penduduk kampung menjumpai sampan serta pakaian mangsa.

Laporan kehilangan mangsa telah dibuat oleh keluargany­a dan operasi SAR dilancarka­n serta-merta.

Pada 21 Ogos lalu, pasukan SAR berjaya menemui sepasang seluar milik mangsa yang disahkan oleh isterinya.

 ??  ?? DITEMUI: Mayat mangsa diusung keluar dari kawasan hutan bakau oleh anggota SAR.
DITEMUI: Mayat mangsa diusung keluar dari kawasan hutan bakau oleh anggota SAR.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia