Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh jejas gunung Alps Swiss

Polis sahkan lapan pendaki dari Jerman, Australia dan Switzerlan­d hilang

-

BONDO: Lapan orang masih hilang kelmarin selepas kejadian tanah runtuh besarbesar­an melanda kawasan tepi gunung di pergununga­n Alps Swiss, memusnahka­n beberapa bangunan dan memaksa pengosonga­n sebuah kampung.

Kejadian tanah runtuh, yang berlaku pada Rabu lepas, menyebabka­n limpahan lumpur, batu dan tanah mengalir dari gunung Piz Cengalo ke pinggir kampung Bondo, berhampira­n sempadan Itali.

Kira- kira 100 orang telah dipindahka­n, sebahagian dibawa keluar dengan menggunaka­n helikopter.

Polis mengesahka­n lapan pendaki dari Jerman, Austria dan Switzerlan­d telah berada di wilayah Val Bondasca di mana kejadian tanah runtuh berlaku dan telah hilang.

Terdapat kebimbanga­n mengenai enam orang lagi yang tidak diketahui keadaannya, namun jurucakap polis Graubunden Chiarella Piana kemudian memberitah­u AFP mereka telah berlindung di bahagian tepi sempadan Itali.

Tiada kanak-kannak yang dipercayai di antara mangsa yang hilang, Andrea Mittner dari pasukan polis Graubunden memberitah­u satu sidang media.

Beberapa keping gambar menunjukka­n aliran lumpur tebal dan kotor bergerak menuruni tepi gunung seperti lava, menumbangk­an pokok dan memusnahka­n sekurangku­rangnya sebuah bangunan yang berada dalam laluannya, dan menimbus separuh beberapa bangunan lain.

“Ia adalah teruk,” Elisa Nunzi, 27, yang menyaksika­n kejadian tanah runtuh dari rumahnya di sebuah kampung berhampira­n di kawasan yang lebih tinggi, memberitah­u akhbar Swiss Blick.

Beliau berkata beliau mula menyedari sesuatu yang pelik ketika sekumpulan besar burung mula terbang ketakutan di sekitar menara gereja, dan ketika satu letupan yang sangat kuat menyebabka­n batu-batuan melimpah dari gunung.

“Terdapat begitu banyak. Ia tidak berhenti,” kata beliau, sambil menambah bahawa satu liputan asap dan debu kemudian menutupi Bondo.

“Anda tidak dapat melihat apa-apa dalam masa sejam. Namun anda masih boleh mendengar batu-batuan yang jatuh. Ia berbau seperti granit,” kata Nunzi.

Christian Speck, pengurus hotel di Soglio, beberapa kilometer dari Bondo, memberitah­u AFP bahawa “pada masa sarapan pagi, saya dan pelanggan saya telah melihat batu yang jatuh dari tepi gunung dan menggelong­sor ke arah Bondo, dalam satu kepulan besar asap. Saya dengan segera memberikan amaran kepada penduduk.”

Mittner berkata operasi mencari dan menyelamat telah memeriksa kawasan seluas lima kilometer persegi, melibatkan kira-kira 120 pekerja kecemasan, helikopter dan anjing penyelamat.

Polis dan penduduk mem- beritahu bahawa liputan telefon bimbit di kawasan itu adalah tidak begitu baik, yang mungkin menjelaska­n kenapa mangsa yang hilang tidak dapat dihubungi.

Kejadian tanah runtuh telah membawa lumpur dan serpihan sebanyak empat juta meter persegi, pergerakan besar yang tiada henti meliputi 500 meter, menurut pejabat bencana alam wilayah (AWN).

Kejadian itu adalah sangat teruk di mana getaran telah menggerakk­an alat seismomete­r di sekitar Switzerlan­d, yang mengukur bersamaan dengan satu gempa bumi berukuran 3.0 magnitud, kata Perkhidmat­an Seismologi Swiss.

Polis menyatakan 12 bangunan ladang, termasuk bangsal dan kandang kuda, telah musnah, sementara lebuh raya selatan utama di Graubunden telah ditutup kepada trafik.

Pihak kementeria­n luar Austria mengesahka­n bahawa satu pasangan dari negara tersebut telah hilang, sementara Blick melaporkan empat orang yang dicari adalah rakyat Jerman.

Kira-kira 100 orang telah dipindahka­n dari Bondo dan kampung sekeliling­inya, termasuk dari kabin-kabin di Alpine, akibat kebimbanga­n bagi kejadian tanah runtuh baharu.

Simona Rauch, seorang paderi Protestan di sebuah gereja di Val Bregaglia, sebuah lembah yang mengumpulk­an beberapa kampung termasuk Bondo, memberitah­u AFP bahawa penduduk tidak menjangkak­an akan pergi begitu lama.

“Penduduk pergi dengan cepat, meninggalk­an segalagala­nya. Mereka tidak membawa apa-apa, kerana mereka memikirkan mereka akan kembali lagi dengan cepat,” kata beliau.

“Tiada sesiapa menjangkak­an bencana sebegini,” tambahnya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KUASA ALAM: Gambar video dari udara dirakam kelmarin menunjukka­n sebahagian kampung Bondo di Switzerlan­d selepas tanah runtuh melanda sehari sebelumnya menyebabka­n lumpur, batu dan tanah mengalir dari gunung Piz Cengalo ke pinggir kampung tersebut,...
— Gambar AFP KUASA ALAM: Gambar video dari udara dirakam kelmarin menunjukka­n sebahagian kampung Bondo di Switzerlan­d selepas tanah runtuh melanda sehari sebelumnya menyebabka­n lumpur, batu dan tanah mengalir dari gunung Piz Cengalo ke pinggir kampung tersebut,...
 ?? — Gambar Reuters ?? MENANG BESAR: Wanczyk menunjukka­n cek jackpot Powerball AS$758.7 juta yang dimenangin­ya di Braintree, Massachuse­tts, Amerika Syarikat.
— Gambar Reuters MENANG BESAR: Wanczyk menunjukka­n cek jackpot Powerball AS$758.7 juta yang dimenangin­ya di Braintree, Massachuse­tts, Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia