Utusan Borneo (Sarawak)

AWASI JERAT INDONESIA!

Sokongan penyokong penting sebagai motivasi kepada pemain

-

Kita harus tahu ini adalah pertanding­an bola sepak. Segala isu selain bola sepak harus diketepika­n kerana apa yang penting perlawanan ini perlu menjadi satu aksi yang cukup menarik untuk ditonton. Datuk Ong Kim Swee Ketua jurulatih skuad bola sepak negara

PETALING JAYA: Penyokong Malaysia dan Indonesia disarankan menikmati aksi separuh akhir saingan bola sepak lelaki antara kedua-dua negara itu dengan semangat kesukanan yang tinggi dan mengetepik­an perkara yang tidak berkaitan dengan sukan nombor satu dunia itu, malam ini.

Ketua jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee berkata kehadiran penyokong amat penting sebagai motivasi kepada pemain tetapi mereka diingatkan menjaga tingkah laku dan mematuhi arahan ketika menonton saingan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu di Stadium Shah Alam malam ini.

“Kita harus tahu ini adalah pertanding­an bola sepak. Segala isu selain bola sepak harus diketepika­n kerana apa yang penting perlawanan ini perlu menjadi satu aksi yang cukup menarik untuk ditonton.

“Kita tidak mahu perkara- perkara yang tidak sepatutnya berlaku sebelum mahupun selepas perlawanan,” katanya pada sidang media praperlawa­nan separuh akhir di sini, semalam.

Turut berkongsi pandangan sama ialah pembantu ketua jurulatih Indonesia, Bima Sakti yang menyifatka­n pertanding­an bola sepak adalah medium untuk menguatkan tali persaudara­an dan hubungan kedua-dua negara.

“Esok (malam ini) hanyalah satu pertanding­an bola sepak dan kami (pasukan Indonesia) akan berjuang demi sukan itu. Saya berharap penyokong Indonesia dapat menjaga kerukunan dan persaudara­an baik keduadua negara,” katanya.

Pada aksi separuh akhir malam ini, Malaysia yang menjuarai saingan Kumpulan A akan berdepan Indonesia selepas skuad ‘Garuda’ itu menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua.

Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir yang dijadualka­n berlangsun­g pada sebelah petang menemukan juara bertahan, Thailand selaku juara Kumpulan B dan naib juara Kumpulan A, Myanmar di Stadium Selayang, Selangor. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? KIM SWEE
KIM SWEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia