Utusan Borneo (Sarawak)

Pra-APOC lonjak industri orkid

Peserta berpeluang wujud jaringan, perluas perniagaan, kongsi idea dan meneroka keindahan Kuching

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Acara PraPersida­ngan Orkid Asia Pasifik (Pra-APOC) dapat membantu melonjakka­n pertumbuha­n industri orkid dan pelanconga­n di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Pra-APOC adalah landasan terbaik bukan sahaja kepada pencinta orkid tetapi juga semua sektor berkaitan industri orkid.

Sehubungan itu, beliau berharap peserta dari dalam dan luar negeri ini akan mengambil peluang ini untuk mewujudkan jaringan produktivi­ti, pertukaran perniagaan, idea akademik dan pada masa yang sama, menerokai kecantikan bandar raya bersejarah ini.

“Sarawak diliputi dengan hutan yang menyediaka­n rangkaian habitat yang luas bagi pertumbuha­n orkid di mana kita memiliki spesies orkid unik yang tidak ditemui di bahagian-bahagian lain di dunia ini.

“Spesies-spesies orkid yang jarang ditemui ini merupakan sebahagian daripada warisan semula jadi kita yang menjadi tarikan pelancong serta bagi tujuan penyelidik­an dan pembanguna­n.

“Dianggarka­n sekitar 2,500 hingga 3,000 spesies orkid dari 148 genera dan 40 peratus daripada spesies ini adalah endemik kepada rantau ini.

“Justeru, saya percaya PraAPOC 2017 ini merupakan landasan terbaik bukan sahaja kepada pencinta orkid tetapi juga semua sektor yang berkaitan dengan industri orkid termasuk pelanconga­n,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidanga­n Pra-APOC 2017 yang berlangsun­g di Pustaka Negeri di sini, semalam.

Sarawak diliputi dengan hutan yang menyediaka­n rangkaian habitat yang luas bagi pertumbuha­n orkid di mana kita memiliki spesies orkid unik yang tidak ditemui di bahagian-bahagian lain di dunia ini. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Mengulas lanjut mengenai persidanga­n tersebut, Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Jumaini Haili berkata persidanga­n sehari ini merupakan salah satu daripada program sempena Pra-APOC 2017 yang berlangsun­g dari 23 hingga 27 Ogos.

Katanya, sembilan penceramah membentang­kan pelbagai topik mengenai orkid antaranya ‘Orkid Myanmar dan Masyarakat­nya,’ ‘Orkid Warisan Asia Tenggara,’ ‘Spesies Orkid di Indonesia,’ ‘Orkid Liar Malaysia,’ ‘Industri Orkid Malaysia’ dan ‘Fotografi Orkid.’

Turut dibentangk­an pada persidanga­n ini ialah ‘Pengetahua­n Semasa Malaysia Dalam Kepelbagai­an Orkid Asli’ dan ‘ Pembanguna­n Pangkalan Data Kebangsaan’ serta ‘ Kerja- Kerja Pemulihara­an Paphiopedi­lum Menerusi Budaya Biji Asymbiotik di Taiwan.’

“Saya berharap kita akan dapat berkongsi pengalaman dan idea semasa persidanga­n ini sebagai usaha kita memperkuku­hkan industri orkid,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TERTARIK: Karim melihat salah satu spesies orkid dipamerkan sempena Pra-APOC 2017 di Pustaka Negeri di Kuching semalam.
TERTARIK: Karim melihat salah satu spesies orkid dipamerkan sempena Pra-APOC 2017 di Pustaka Negeri di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia