Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan dua kapal kargo muatan ikan campur

-

BINTULU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan dua kapal kargo yang membawa muatan ikan campur pada jam 3.30 petang kira-kira 130 batu nautika dari perairan Bintulu di sini kelmarin.

Pengarah Maritim D12 Bintulu Kapten Aminuddin Abdul Rashid berkata, Ops Bersepadu diketuai Leftenan Komander Maritim Muhammad Azizol Azmi berkata dengan kekuatan 16 pegawai dan anggota pada 24 Ogos, APMM melakukan pemeriksaa­n di lokasi lebih kurang 110 batu nautika dari Bintulu sebelum menahan kedua-dua kapal kargo itu.

“Kapal dikenali sebagai One United 2 dan One United 3 berdaftar di Labuan itu sedang dalam perjalanan memasuki Tanjung Manis membawa ikan campur disah tidak mempunyai dokumen kebenaran lengkap,” ujarnya pada kenyataan media di sini semalam.

Ketika pemeriksaa­n dilakukan katanya, nakhoda kedua- dua kapal gagal mengemukak­an dokumen lengkap dari Jabatan Laut Malaysia.

“Sebanyak 26 kru masingmasi­ng bersama dua nakhoda warganegar­a Vietnam dalam kedua- dua kapal dibawa masuk ke pusat tahanan vesel untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952) dan Akta Imigresen,” jelasnya.

Beliau berkata, APMM Bintulu akan sentiasa meneruskan usaha menguatkua­sakan undang- undang dan membendung sebarang jenayah di perairan Bintulu.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubung­i Pusat Operasi di talian 086-314024 untuk sebarang aduan kesalahan atau jenayah di laut.

 ??  ?? DITAHAN: Dua kapal gagal mengemukak­an dokumen lengkap daripada Jabatan Laut Malaysia ditahan KM Tabah APMM Bintulu kelmarin.
DITAHAN: Dua kapal gagal mengemukak­an dokumen lengkap daripada Jabatan Laut Malaysia ditahan KM Tabah APMM Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia