Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi kes bapa didakwa rogol anak sendiri

Kejadian terbaharu libat pelajar di Saratok mengadu kepada guru selepas tiga tahun

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Setelah tiga tahun menjadi mangsa nafsu buas bapa kandung sendiri, seorang gadis berusia 15 tahun akhirnya mengadu perbuatan terkutuk itu kepada guru kaunseling­nya.

Mangsa yang belajar dalam tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Saratok mendakwa dirogol oleh bapanya sejak berusia 12 tahun di sebuah pondok kebun sawit di Kampung Emplam, Kabong, Saratok sekitar tahun 2014.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar yang mengesahka­n kejadian tersebut memberitah­u mangsa turut mendakwa dirogol sebanyak tujuh kali sejak tempoh tersebut.

“Kejadian rogol yang pertama dilaporkan berlaku dalam sebuah pondok di kebun sawit sejak mangsa berusia 12 tahun, manakala kejadian yang seterusnya berlaku di rumah mereka sendiri.

“Mangsa menceritak­an perkara tersebut kepada guru kaunseling­nya dalam satu satu kaunseling di sekolah pada 17 Ogos lalu sekitar jam 8 pagi,” kata Dev dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dev selain itu turut memberitah­u laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh guru berkenaan semalam.

“Susulan daripada laporan tersebut, pasukan JSJ Saratok telah menangkap bapa kandung ( suspek) mangsa yang berumur 48 tahun di rumah mereka sekitar jam 11 pagi tadi ( semalam),” jelas beliau.

Suspek yang merupakan seorang petani akan dipohon reman hari di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Kejadian rogol yang pertama dilaporkan berlaku dalam sebuah pondok di kebun sawit sejak mangsa berusia 12 tahun, manakala kejadian yang seterusnya berlaku di rumah mereka sendiri. Datuk Dev Kumar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

“Mangsa kini berada di Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n perubatan,” kata Dev.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia