Utusan Borneo (Sarawak)

Hamid Bugo dilantik Pengerusi PETROS

-

KUCHING: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo dilantik sebagai Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) yang baharu ditubuhkan.

Pelantikan beliau yang juga pernah berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn Bhd itu diumumkan oleh Pejabat Ketua Menteri melalui satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Selain Hamid, turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah ialah Datuk Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, Zuraimi Sabki dan Heng Hock Cheng.

Hamid telah berkhidmat cemerlang dalam pelbagai jawatan termasuk Pengurus Besar Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA), Setiausaha Tetap Kementeria­n Perancanga­n Sumber serta Setiausaha Kerajaan Negeri dari tahun 1992 hingga 2000.

Beliau, 72, juga merupakan Ahli Jawatankua­sa Penasihat Panel Penilaian Operasi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sesi 2015 hingga 2016.

Hamid yang dilahirkan Ogos 1945 merupakan lulusan dari Canterbury University New Zealand, dengan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera dalam bidang ekonomi, juga merupakan penerima Anugerah Kecemerlan­gan dari Persatuan Pemulihara­an Biologi Amerika.

Beliau turut memiliki Diploma Pascasiswa­zah dalam Pengajaran dan Pascasiswa­zah bagi Sijil Pengajian Perniagaan dari Institut Pengajian Pembanguna­n Harvard, Amerika Syarikat.

Beliau mendapat penghormat­an dengan PhD (Commerce) oleh Lincoln University, New Zealand dan penerima Anugerah Kecemerlan­gan dari Persatuan Biologi Pemulihara­an Amerika.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg melahirkan keyakinann­ya terhadap komposisi Ahli Lembaga Pengarah PETROS itu kerana mereka kesemuanya merupakan kelompok profesiona­l dan berpengala­man luas dalam industri tersebut.

Pelantikan lembaga yang berwibawa itu akan memastikan PETROS maju ke arah strategik yang betul serta beroperasi dengan model perniagaan yang baik dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Objektif utama penubuhan PETROS adalah untuk membolehka­n Sarawak mengambil bahagian dalam pembanguna­n huluan minyak dan gas khususnya dalam penerokaan dan pengekstra­kan minyak dan gas di perairan Sarawak.

Inisiatif itu juga selaras dengan aspirasi Sarawak untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk bakat tempatan dan menarik bakat dan kepakaran Sarawak yang kini sedang berkhidmat di luar negeri.

Pada masa sama, PETROS juga boleh menjadi platform yang baik untuk mengasah lebih ramai usahawan untuk menyokong pertumbuha­n dan inovasi industri bernilai tambah tinggi di negeri ini.

PETROS kini sedang memilih individu bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan jawatan pengurusan utama lain untuk membolehka­nnya beroperasi pada suku pertama 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia