Utusan Borneo (Sarawak)

20,000 pengunjung dijangka meriah Pesta Simunjan 2017

-

KUCHING: Jawatankua­sa pengelola Pesta Simunjan 2017 menjangka 20,000 pengunjung bakal memeriahka­n pesta dari 29 September hingga 1 Oktober tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan yang juga naib pengerusi jawatankua­sa induk Awla Dris berkata, mereka menjangka pengunjung lebih ramai kali ini memandangk­an aksesibili­ti yang lebih mudah dengan adanya Jambatan Batang Sadong.

“Pada penganjura­n Pesta 2015, kita telah berjaya menarik 10,000 penunjung dan kali ini jawatankua­sa induk menjangka jumlah pengunjung dua kali ganda iaitu 20,000 pengunjung.

“Pelbagai aktiviti diadakan sempena pesta ini nanti dan kita berharap ramai pengunjung datang bersama memeriahka­nnya sama ada dari Kuching, Samarahan, Serian mahupun Sri Aman,” katanya pada sidang media mengenai Pesta Simunjan 2017 di sini, semalam.

Pesta Simunjan bertempat di Tebingan Batang Sadong itu akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Batang Sad ong Datuk Seri Nancy Shukripada 30 September.

Sementara majlis penangguha­n pada 1 Oktober 2017 juga di tempat yang sama dijangka disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Menurut Awla, antara aktiviti yang diadakan semasa Pesta Simunjan termasuk Regata Batang Sadong, pesta makan buah-buahan, sukan darat, pertanding­an poco-poco, ratu pesta Simunjan, pertanding­an petunjukan fesyen kanakkanak dan banyak lagi.

Turut menjadi tarikan pada kali ini ialah Pertanding­an Gendang Melayu dan Pertanding­an Menopeng apabila mendapat penyertaan daripada Brunei Darussalam dan Sabah.

“Objektif penganjura­n antaranya sebagai wadah untuk mewujudkan interaksi yang baik antara masyarakat berbilang kaum yang ada di Daerah Simunjan yang mampu menjurus kepada perpaduan dan perasaan saling menghormat­i antara satu sama lain.

“Ia juga mewujudkan peluang perniagaan dan menonjolka­n kepelbagai­an produk hasil tani Daerah Simunjan, khasnya pertanian dan hasil sungai, di mana antara keunikan kita adalah ikan Labang,” katanya.

Dengan penyertaan daripada luar negara seperti Brunei serta Sabah, beliau menjelaska­n ia memberi peluang kepada masyarakat Simunjan memperkena­lkan produk mereka kepada luar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia