Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak diminta terus sokong kepimpinan KM: Uggah

-

MARUDI: Rakyat Sarawak diminta terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan bekerjasam­a dengan Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi mencapai sasaran itu, Abang Johari sejak menjadi Ketua Menteri telah melancarka­n pelbagai program transforma­si khusus dalam bidang ekonomi.

“Ekonomi kita membangun begitu pesat. Saya dapat lihat jalan raya sibuk dipenuhi pelbagai kenderaan menzahirka­n ekonomi kita yang semakin maju dan jauh lebih maju berbanding masa lampau.

“Bagaimanap­un, Ketua Menteri tidak berpuas hati dan melancarka­n program transforma­si walaupun ia bukan usaha mudah namun beliau berani membawa negeri maju ke hadapan,” katanya dalam ucapan merasmikan Pertanding­an Pump Bot 60kg dan Bot Laju sempena Regata Baram di Jeti Kerajaan di Marudi semalam.

Uggah berkata, antara program transforma­si ditubuhkan ialah untuk mengubah landskap ekonomi di negeri ini melalui ekonomi digital.

“Saya lihat ekonomi digital ini bukan sahaja komunikasi menggunaka­n telefon bimbit dan Internet tetapi transforma­si sektor pertanian,” katanya.

Beliau menambah, minggu lepas seramai 21 penceramah dari Taiwan, Vietnam, Thailand, Amerika Syarikat, Australia dan Kuala Lumpur datang ke Kuching untuk Persidanga­n Antarabang­sa Pertanian dan Pertanian Asas Tani Sarawak.

Menurut Uggah, berbanding Malaysia, Vietnam lebih maju khususnya dalam kegiatan ekport produk ke negara luar menggunaka­n teknologi maklumau meningkatk­an produktivi­ti dan produk mereka.

“Kita optimistik dalam ekonomi digital yang dapat mengubah cara tradisiona­l penanaman dan pertanian fertigasi,” kata Uggah.

Beliau menambah, Ketua Menteri telah menubuhkan Bank Negeri yang di namakan Developmen­t Bank of Sarawak (DBOS) untuk menjana ekonomi negeri dan transforma­si digital.

Selain ekonomi digital, Uggah berkata Abang Johari turut menekankan kepentinga­n pendidikan yang perlu diberi keutamaan.

Abang Johari amat menekan aspek pendidikan dan beliau merancang mendapatka­n lebih banyak dana untuk Yayasan Sarawak bagi membolehka­n lebih ramai anak tempatan mengikuti pengajian tinggi, katanya.

Menurutnya lagi, kabinet negeri juga bersetuju menukar nama Unit Hal Ehwal Bukan Islam ke Unit Untuk Agama Lain sejajar falsafah Abang Johari merangkumi semua kaum.

“Saya mengenali beliau sejak 1983 dan saya percaya beliau ialah pemimpin bagi semua rakyat Sarawak. Beliau juga mengotakan janji bukan hanya pandai bercakap,” katanya.

Untuk membuktika­n, Uggah berkata ketika memperuntu­kkan peruntukan RM15 juta untuk membina untuk beberapa rumah ibadat di seluruh Sarawak.

“Saya percaya ini bukan terakhir dan saya akan menghantar senarai untuk dipertimba­ngkan. Saya yakin beliau akan meluluskan unit ini kerana ia dapat menjadi untuk menyatukan pelbagai kaum dan agama di negeri ini,” kata Uggah.

Mengenai Regata Baram Uggah, katanya, kerajaan negeri memberi sokongan penuh terhadap penganjura­n acara yang dapat menjana sumber pendapatan untuk rakyat tempatan selain menarik ekdatangan pelancong dari luar khususnya Brunei.

“Regata ini menjadi landasan kepada semua kaum mengeratka­n silaturahi­m dan kerjasama sekali gus memaju pembanguna­n khusus di Baram,” katanya.

 ??  ?? LANCAR: Uggah melancarka­n acara Pump Boat 60kg di jeti kerajaan.
LANCAR: Uggah melancarka­n acara Pump Boat 60kg di jeti kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia