Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Bario diingat titik berat pencegahan kebakaran

-

MIRI: Masyarakat setempat khusus di Bario diingatkan agar sentiasa menitik berat langkah pencegahan kebakaran bagi menangani insiden tersebut daripada berlaku.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala, ia termasukla­h meningkatk­an latihan memadam kebakaran supaya dapat bertindak awal jika kebakaran berlaku di kawasan mereka.

“Tujuan kita menubuhkan Persatuan Bomba Sukarela (PBS) supaya jika berlaku insiden kebakaran maka mereka boleh bertindak segera bagi memadam api dari terus merebak.

“Sebab itu kita mengingatk­an masyarakat terutamany­a ahli PBS ini agar meningkatk­an dan memperbany­akkan latihan memadam api selain pembiasaan terhadap pengoperas­ian peralatan kebombaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kelengkapa­n Operasi Kebombaan kepada PBS Bario di Dewan Komuniti Bario, di sini semalam.

Gerawat juga melahirkan penghargaa­n terima kasih kepada Pertubuhan Perlindung­an Kebakaran Malaysia (MFPA) atas sumvbangan pam angkut kepada PBS menerusi Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) dalam program tersebut.

“Malah, kita difahamkan MFPA juga akan memberi sumbangan berupa 100 unit alat pemadam api mudah alih kepada masyarakat di Bario yang mempunyai 14 buah kampung,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim, Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Edwin Galan Teruki serta Presiden MFPA Teh Kay Leong.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Gerawat (berdiri tengah) bersama tetamu jemputan lain merakam gambar kenangan di Bario, semalam.
UNTUK ALBUM: Gerawat (berdiri tengah) bersama tetamu jemputan lain merakam gambar kenangan di Bario, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia