Utusan Borneo (Sarawak)

Rancang pembanguna­n bandar selaras keseimbang­an alam sekitar

-

MIRI: Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) dengan kerjasama Piasau Nature Reserve ( PNR) semalam mengadakan ceramah Hutan Bandar dan Manfaat Ekosistem bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Ceramah tersebut disampaika­n Dr Cecil Konijnendi­jk dari The University of British Columbia yang membuat kajian, mengajar dan bimbingan mengenai peranan penghijaua­n di kawasan bandar.

Dr Cecil menambah, pokok hijau dalam bandar memainkan peranan penting dalam mengawal suhu selain pembekal oksigen untuk manusia bernafas.

“Di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat, taman hijau diberi keutamaan. Sebagai contoh di kota London dan New York, taman hijau diwujud sejak dulu oleh pemaju bagi mewujud keseimbang­an alam sekitar,” katanya.

Berucap merasmikan ceramah itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Sebastian Ting berkata, perancanga­n pembanguna­n di bandar perlu mengambil kira keseimbang­an alam sekitar.

“Setiap penduduk di bandar berhak akses dengan kemudahan taman hijau. Di Miri kita bertuah kerana mempunyai kawasan seumpama ini melakukan rekreasi.

“Sebagai contoh Taman Bulatan, Taman Awam dan PNR bukan hanya menjadi tempat riadah malah memainkan peranan penting sebagai ‘jantung hijau’ pengeluar oksigen bandar raya,” katanya.

Sebastian berkata, warga Miri bertuah kerana pendudukny­a di sini sentiasa menyokong usaha untuk mewujudkan taman hijau.

Sementara itu ceramah tersebut merupakan aktiviti SFC di bawah Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam ( CEPA) bertujuan melaksanak­an program pendidikan dan pengembang­an alam sekitar dan semula jadi merangkumi peranan dan fungsi hutan kepada komuniti, pelajar sekolah dan pihak berkepenti­ngan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia