Utusan Borneo (Sarawak)

SEB laksana ePermohona­n mohon elektrik secara atas talian mulai 2018

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal melaksanak­an permohonan bekalan elektrik secara atas talian kepada pelanggan menjelang tahun 2018 yang dikenali sebagai e-Permohonan.

Pengurus Pusat Perkhidmat­an Pelanggann­ya Christina Lai berkata, pendekatan berkenaan merupakan langkah terbaharu SEB dalam memperkasa pelanggan dengan teknologi terkini.

Menurut Lai, prapelaksa­naan projek telah dimulakan pada bulan lepas dan dijangka dilaksanak­an sepenuhnya bagi fasa pertama menjelang Januari 2018.

“Kita berharap ia dapat dilaksanak­an menjelang Januari 2018 di mana ia merupakan fasa pertama melibatkan pelanggan, perunding dan juga kontraktor dalam kita menerangka­n lagi teknologi ini.

“Fasa kedua pelaksanaa­n pada September 2018, di mana kita membenarka­n lebih ramai pelanggan menggunaka­n aplikasi atas talian ini dalam pelbagai perkara lain seperti berkenaan meter, pertukaran nama dan sebagainya,” katanya sambil menambah, fasa ketiga pula hanya akan melibatkan kakitangan dalaman mereka.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an taklimat mengenai ‘Inisiatif Khidmat dan Pengalaman Pelanggan Dengan Inovasi Teknologi’ dikendalik­an beliau dan dihadiri Pengurus Kanan Kecemerlan­gan Perkhidmat­an dan Komunikasi Pejabat Ketua Eksekutif Syarikat SESCo Bhd Ahadiah Zamhari di Menara Sarawak Energy di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Lai berkata, ePermohona­n memudahkan pelanggan yang memohon membekalka­n elektrik ke kediaman mereka dalam masa yang lebih singkat berbanding sebelum ini.

Katanya, diakui sebelum ini permohonan bekalan ele- ktrik agak memakan masa disebabkan pemeriksaa­n atau pemantauan di tapak serta kediaman.

“Kini melalui e-Permohonan, pelanggan bukan sahaja boleh mengisi permohonan dan menghantar terus pada masa yang sama, bahkan boleh membuat pembayaran melalui aplikasi.

“Begitu juga dari aspek perjanjian yang ditandatan­gani, di mana mereka boleh melakukann­ya melalui aplikasi tanpa perlu pergi ke kaunter atau pejabat. Kita akan menghantar pemberitah­uan melalui aplikasi sekiranya sudah menerima,” ujar beliau.

Lai berkata, e-Permohonan berkenaan bukan sahaja pendekatan yang lebih moden dan digital tetapi permohonan yang lebih telus mereka bersama pelanggan.

Mengenai SEB Cares, beliau berkata ia merupakan pelantar utama SEB dalam memperkuas­akan keupayaan khidmat pelanggann­ya.

Menurutnya, setakat ini terdapat lebih 22,000 pelanggan yang berdaftar untuk aplikasi ini.

“SEB Cares adalah portal setempat yang menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an kepada para pelanggan Sarawak Energy melalui laman web dan peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Ia termasuk semak serta urus bil elektrik pelanggan, notis gangguan bekalan elektrik serta notis penyelengg­araan selain pelanggan boleh mengira bil bulanan,” katanya.

SEB Cares juga mempunyai aplikasi bagi mencari lokasi pusat khidmat pelanggan terdekat, selain boleh membuat laporan tentang gangguan bekalan elektrik, masalah lampu jalan, maklumat bil dan pertanyaan mengenai meter serta menyemak status laporan telah dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia