Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Penyandang usah kecil hati jika tidak dipilih semula

-

KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) nanti diingatkan agar tidak berkecil hati dan beralih sokongan.

Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mereka hendaklah menyokong BN dan wakil rakyat yang dipilih secara berterusan.

“Kita tidak gemar wujudnya budaya berkecil hati dalam kalangan ahli politik. Seperti yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia, misalnya, bila tidak dipilih, mulalah berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu.

“Wujud segelintir pihak yang ada mencuba untuk memecahbel­ahkan keharmonia­n semata-mata untuk mencapai agenda untuk kepentinga­n sendiri. Malah, kita juga dapat melihat perkara seumpama ini berlaku di negeri ini.

“Justeru, ingin saya ingatkan agar menerima hakikat jika tidak tercalon semula dan terus menunjukka­n sokongan padu kepada kepimpinan BN pada masa-masa akan datang,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korban bagi Parlimen Santubong di Kandang Kuarantin Ternakan Jabatan Pertanian Jalan Bako, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Santubong itu juga memberi jaminan, beliau sendiri tidak akan melakukan perkara sedemikian sekiranya pada PRU kali ini, beliau tidak lagi dicalonkan bagi mewakili Parlimen.

“Wakil rakyat juga hendaklah menghormat­i siapa sahaja yang dicalonkan kerana semua yang dilakukan itu adalah atas kebijaksan­aan pucuk kepimpinan tertinggi kerajaan BN Pusat yang diketuai Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan BN Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Ketua Menteri).

“Tetapi jika dicalonkan semula, perlulah berjanji dan berikrar untuk menabur khidmat secara telus dan adil kepada semua rakyat di bawah kawasan parlimen masing-masing,” jelasnya.

Katanya, kerajaan BN akan terus berkhidmat dalam usaha memberikan kehidupan terbaik kepada rakyat, tanpa membanding bandar dan luar bandar.

Dalam perkembang­an lain, Wan Junaidi turut mengajak masyarakat di negeri ini, khasnya untuk sama-sama menghayati dan memperinga­ti pengorbana­n pejuang dan pemimpin negara terdahulu sehingga beroleh kemerdekaa­n bersempena sambutan Hari Kemerdekaa­n yang akan disambut 31 Ogos ini.

Katanya, tanpa pejuang dan pemimpin terdahulu, rakyat hari ini sudah pasti tidak dapat merasai kemajuan dan pembanguna­n sedia ada pada masa sekarang.

“Kita hendaklah bersyukur kerana Malaysia tidak sama seperti negara- negara lain yang bergolak. Jadi kita patut sentiasa mengingati pengorbana­n pemimpin terdahulu kepada masyarakat hari ini dan pengorbana­n pemimpin masa ini adalah untuk generasi yang akan datang,” ujarnya.

Turut hadir ialah isteri Wan Junaidi Datuk Seri Feona Wan Junaidi, Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Sarawak Mhd Yatim Hassan serta Pemanca Rashidi Junai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia