Utusan Borneo (Sarawak)

Pelanconga­n antara perkara diteliti untuk rundingan lanjut dengan pusat

-

KUCHING: Bidang pelanconga­n merupakan antara perkara yang sedang dikaji dan diteliti oleh kerajaan negeri untuk rundingan lanjut bersama kerajaan persekutua­n.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak telah kehilangan banyak hak ke atas pelbagai perkara termasuk dalam bidang pelanconga­n.

“Apabila Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditandatan­gani, bidang pelanconga­n tidak termasuk dalam senarai Jadual 9 di bawah Perlembaga­an Persekutua­n.

“Bidang pelanconga­n adalah tanggungja­wab negeri dan kita telah mempunyai Kementeria­n Pelanconga­n sejak 1985 lagi, tetapi Kerajaan Persekutua­n hanya mempunyai Kementeria­n Pelanconga­n sekitar 1994.

“Jadi, kita sekarang sedang berunding bukan sahaja berkaitan dengan pelanconga­n tetapi banyak lagi perkara di mana hak-hak kita (Sarawak) telah terhakis sejak 1953 hingga sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pra-Persidanga­n Orkid Asia Pasifik (Pra-APOC ) 2017 di Pustaka Negeri di sini semalam.

Tambah Karim, sebelum MA63 ditandatan­gani sudah pasti banyak perkara yang dirunding direkodkan dalam minit mesyuarat mengenai hasrat sebenar pemimpin kita terdahulu.

“Sebab itu, Sarawak menghantar pasukan peguam ke London untuk mereka mengkaji dan meneliti perkaraper­kara tersirat yang berlaku ketika rundingan sebelum MA63 ditandatan­gani.

“Kita amat serius dalam hal ini termasuk pelanconga­n dan kita akan bekerjasam­a dengan kerajaan Sabah kerana dua negeri sama-sama membentuk Malaysia,” katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan persidanga­n tersebut, Karim berkata Sarawak berharap dapat menyediaka­n penerbanga­n terus ke benua-benua besar seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Thailand.

Katanya, Sarawak ketika ini sudah mempunyai penerbanga­n terus ke Hong Kong dan berharap laluan penerbanga­n ini akan dapat diwujudkan bagi menghubung­kan negeri ini dengan benua-benua besar yang lain seperti Thailand dan Taiwan selain China.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia