Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Khidmat Parlimen Santubong sumbang 52 lembu kepada 44 penerima

-

KUCHING: Pusat Khidmat Parlimen Santubong menyumbang 52 ekor lembu bernilai kira-kira RM323,000 kepada 44 penerima terdiri daripada persatuan, agensi dan jawatankua­sa kemajuan dan keselamata­n kampung (JKKK) di kawasan itu, semalam.

Sumbangan lembu itu adalah sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan majlis penyerahan lembu tersebut berlangsun­g di Kandang Kuarantin Ternakan Jabatan Pertanian Jalan Bako, di sini.

Hadir menyempurn­akan penyerahan sumbangan ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Ahli Parlimen Santubong.

Wan Junaidi ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korbanbagi­ParlimenSa­ntubong ituberkata,setiapkali­tibasambut­an Aidiladha, pelbagai pihak prihatin tampil menghulurk­an sumbangan sekali gus menunjukka­n keprihatin­an rakyat terhadap kesusahan golongan memerlukan amat tinggi.

“Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, saya tampil mengagihka­n lembu untuk tujuan korban sempena Hari Raya Haji (Aidiladha) minggu hadapan.

“Bagaimanap­un, lembu-lembu ini akan diagihkan secara berperingk­at mengikut senarai penerima termasukla­h agensi kerajaan,persatuand­anJKKKdi kampung-kampung,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Junaidi mahu masyarakat Islam menghayati dan memahami maksud sebenar ibadah korban dan tidak hanya melihat kepada jumlah lembu mahupun haiwan ternakan lain yang dikorbanka­n dalam ibadah tersebut.

“Kadang-kadangkita­terlupa, dalam kita mengerjaka­n ibadah korban, kita tengok jumlah lembu, kita ingat pada daging, kita ingat siapa penyumbang tapi hakikat sebenar adalah sejarah korban itu sendiri.

“Sejarah silam ini haruslah sentiasa diingati, iaitu zaman Nabi Ibrahim, mengapa korban ini dilakukan dan apa yang berlaku ketika itu, agar ia dapat menjadi satu contoh pengorbana­n yang terbesar dalam sejarah manusia yang masih kita amalkan sekarang, sekali gus memperinga­tkan manusia perjuangan kita sendiri tidak ada, perjuangan yang besar adalah perjuangan di jalan Allah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi mengingatk­an umat Islam yang ingin mengerjaka­n ibadah korban supaya memastikan haiwan ternakan itu adalah daripada sumber halal.

Antara penerima yang menerima sumbangan lembu korban itu ialah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tiang Api, JKKK Kampung Ram- pangi Fasa 2, Kelab Rekreasi Imigresen Sarawak, Pergerakan Wanita PBB Tanjong Datu, Masjid Nurir Rahmani Kampung Santubong, Surau As-Syakirin Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuching serta penerima-penerima lain.

Turut hadir ialah isteri Wan Junaidi Datuk Seri Feona Wan Junaidi, Pengarah IKM Sarawak Mhd Yatim Hassan serta Pemanca Rashidi Junai.

 ??  ?? SIMBOLIK: Wan Junaidi (kiri) serta Feona (dua kiri) bergambar bersama ketua masyarakat yang hadir selepas menyempurn­akan simbolik penyerahan sumbangan lembu korban, semalam.
SIMBOLIK: Wan Junaidi (kiri) serta Feona (dua kiri) bergambar bersama ketua masyarakat yang hadir selepas menyempurn­akan simbolik penyerahan sumbangan lembu korban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia