Utusan Borneo (Sarawak)

Salang kecewa sikap segelintir pemuda Dayak ejek wakil rakyat

-

JULAU: Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang melahirkan rasa kurang senang tingkah laku segelintir pemuda kaum Dayak mengejek wakil rakyat dalam media sosial kononnya gagal membangkit isu penting membelengg­u komuniti di Parlimen.

Salang berkata, walaupun tidak pernah kelihatan atau didengari ketika membangkit­kan atau berdebat mengenai isu berkaitan namun wakil rakyat sedar dan prihatin malah sentiasa berusaha menyelesai­kan.

“Kami wakil rakyat Barisan Nasional (BN), akan mengadakan pertemuan tertutup dengan menteri berkenaan dan Perdana Menteri sebelum setiap sesi parlimen bermula.

“Dalam pertemuan itulah kami membangkit­kan dan membincang­kan isu komuniti di kawasan parlimen masing- masing,” katanya sambil menambah mereka turut menyentuh mengenai cadangan rang undang-undang baharu.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis ‘Negaraku @Komuniti’ anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Rumah Banyang Jamu, Nanga Lijan di sini kelmarin sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan.

Menurut Salang tidak ada keperluan bertikam lidah atau bertindak agresif menumbuk meja untuk tujuan memberikan tekanan terhadap mereka.

Salang juga melahirkan kekecewaan dengan sikap segelintir golongan muda mendakwa wakil rakyat hanya mampu memberikan tong biru (tangki simpanan air) dan tandas.

“Kita jangan lupa, permintaan seperti tong biru atau tandas sangat penting kepada rakyat sangat memerlukan­nya.

“Rakyat datang dan tinggal di bandar atau pembangkan­g tidak harus memandang rendah permintaan rakyat seperti itu kerana mungkin sangat memerlukan­nya berbanding projek lain,” katanya.

Jelasnya, adalah sangat mudah untuk mengaib wakil rakyat dan kerajaan apabila sesetengah sudah berjaya menikmati kemudahan dilaksana majlis tempatan hasil kutipan cukai.

Justeru katanya, penduduk luar bandar tidak mempunyai pilihan lain selain menyokong kerajaan memerintah dengan harapan akan lebih banyak pembanguna­n dan kemajuan dilaksana.

Menyentuh kawasan Julau, Salang memberitah­u terdapat banyak pembanguna­n telah dilaksana tetapi masih belum mencukupi.

“Tetapi taraf hidup rakyat sudah semakin baik selain rangkaian jalan raya bertambah. Hampir 70 peratus kawasan Julau juga disambung bekalan elektrik dan bekalan air terawat dan mempunyai liputan selular,’ tambahnya.

Sementara itu, di akhir majlis Salang telah menyerahka­n geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM877,500 kepada 53 Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta beberapa buah kelab di kawasan parlimen Julau.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Salang menyerahka­n geran MRP kepada salah seorang penerima di Rumah Banyang Jamu, Nanga Lijan kelmarin.
GUNA SEBAIKNYA: Salang menyerahka­n geran MRP kepada salah seorang penerima di Rumah Banyang Jamu, Nanga Lijan kelmarin.
 ??  ?? BERSEMANGA­T: ( Dari kiri) Syazie, Lim dan Dr Ling ketika ditemu bual pemberita di Sibu.
BERSEMANGA­T: ( Dari kiri) Syazie, Lim dan Dr Ling ketika ditemu bual pemberita di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia