Utusan Borneo (Sarawak)

Alat pemadam api di rumah amat digalak

20 peratus kebakaran rumah, rumah panjang berjaya dipadam guna alat pemadam api

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Mengikut rekod kita catatkan, 20 peratus daripada kebakaran melibatkan rumah termasukla­h rumah panjang seluruh Sarawak, telah berjaya dipadamkan menggunaka­n alat pemadam api oleh penghuni sendiri.

MIRI: Sejumlah 20 peratus kebakaran kecil berlaku di rumah berjaya diatasi dan dipadam menggunaka­n alat pemadam api penghuni rumah terbabit.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wira Wan Mohd Nor berkata, peratusan tersebut menunjuk satu petanda baik dan masyarakat kini lebih peka untuk mempunyai kemahiran dalam menangani masalah kecemasan kebakaran.

“Mengikut rekod kita catatkan, 20 peratus daripada kebakaran melibatkan rumah termasukla­h rumah panjang seluruh Sarawak, telah berjaya dipadamkan menggunaka­n alat pemadam api oleh penghuni sendiri.

“Ini merupakan satu kejayaan dan petanda baik dengan mempunyai alat pemadam api setiap rumah. Justeru, kita amat menggalakk­an setiap rumah mempunyai alat pemadam api agar tindakan awal kecemasan kebakaran dapat diambil,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis penutupan Program Summer

Datuk Wira Wan Mohd Nor Ketua Pengarah JBPM

Camp 2017 Siri 3, bertempat Eastwood Valley Golf & Country Club (EVGCC) di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn. Bhd. Sarawak Oil Aset Malaysia Anuar Anuar Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan JBPM Edwin Galan Teruki dan Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad.

Jelas Wan, dua punca uta- ma kebakaran yang berlaku di rumah ialah disebabkan penggunaan elektrik dan bahagian dapur.

“Pendawaian lama atau tidak betul kerana dipasang oleh tidak mahir juga penggunaan elektrik berlebihan.

“Manakala punca kebakaran di dapur pula disebabkan kecuaian dengan membiarkan atau masakan ditinggal ketika memasak,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua punca ini adalah punca utama berlakunya kebakaran di rumah.

Ketika ditanya mengenai panggilan kecemasan palsu, menurut Wan secara purata pihaknya menerima sejumlah 300 panggilan palsu dalam setahun.

“Kita memang ada menerima panggilan palsu atau ‘prank call’ tersebut, namun ianya masih terkawal kerana setiap panggilan kecemasan khususnya menggunaka­n khidmat panggilan 999 di- tapis terlebih dahulu oleh pihak Telekom Malaysia (TM).

“Panggilan tersebut dikesan terlebih dahulu sebelum disambungk­an kepada agensi kecemasan bagi mengelakka­n kita menerima aduan palsu,” ujarnya.

Mengulas mengenai program Summer Camp 2017 tersebut, jelasnya program berkenaan membuahkan hasil positif dalam membantu meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran peserta mengenai kepentinga­n kecemasan kebakaran.

Program sedemikian akan dilakukan berterusan dalam membantu masyarakat mengenali bahaya api dan menghadapi situasi kecemasan.

Malah, lima modul tam- bahan iaitu Asas Menyelamat di Air, Keselamata­n Gas Dapur, Kimia Kebakaran dan Asas Kebakaran, Peranan Unit Udara dan Keselamata­n Paip Gas Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP).

“Kita sedar bahawa program dianjurkan enam kali setahun ini masih tidak mencukupi untuk memenuhi jumlah rumah panjang yang melebihi 7,000 buah di Sarawak.

“Namun, program sebegini akan berterusan dan diharapkan mendapat sokonganse­rta tajaan daripada pihak swasta,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut berterima kasih kepada pihak Petronas yang sentiasa membantu memasti program tersebut dilaksanak­an.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Wan (tengah) bersama lain pada sidang media semalam.
SIDANG MEDIA: Wan (tengah) bersama lain pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia