Utusan Borneo (Sarawak)

27 sertai Jelajah Pertanian, Lawatan Sambil Belajar PDP

-

SIBU: Seramai 27 peserta dari Sibu terdiri daripada kaunselor serta ahli- ahli parti politik di sini menyertai Jelajah Pertanian dan Lawatan Sambil Belajar anjuran Parti Progresif Demokratik (PDP) ke Kuala Lumpur.

Ia juga turut disertai oleh ahli-ahli PDP dari Kuching dan Miri.

Lawatan bermula 18 hingga 22 Ogos itu diketuai Pengerusi PDP Dudong, Kaunselor Teo Boon Siew bagi rombongan dari Sibu dan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin selaku Ahli Majlis Tertinggi PDP.

Kehadiran rombongan disambut mesra dan diiringi oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Anthony Nogeh.

Pada 19 Ogos, rombongan meneruskan jelajah ke Temerloh, Pahang melawat sangkar ikan, Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM), Lancang, Top Fruit Seri Kembangan Selangor dan sebelah malamnya diraikan pada majlis makan malam bersama Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing di Petaling Jaya.

Pada 20 Ogos, rombongan melawat Batu Caves, Skyway Gothong Jaya dan Genting Highlands.

Lawatan kerja diakhiri pada 21 Ogos dengan kunjungan ke Kompleks Pulau Gadong, Melaka dan peserta melawat industri tanaman kelapa dan jambu.

Peserta berpeluang melawat Dataran Melaka dan keesokan hari berangkat pulang destinasi masing-masing.

Lawatan itu mendidik serta memberi gambaran kepada peserta tentang pertanian dan perusahaan bagi menjana pendapatan.

Ia turut memberi pengalaman kepada peserta melihat dan mempelajar­i perusahaan dan industri berkaitan yang berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia