Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan cadang bina jalan alternatif hubung Tasik Bakun

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an, bercadang membina jalan alternatif sebagai akses kepada penduduk dan pengunjung ke Tasik Bakun.

Menterinya, Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata satu-satunya akses ke tasik ini adalah menerusi jalan keselamata­n Bakun yang mana tidak sesuai untuk jangka panjang.

Justeru katanya, satu lagi jalan akses ke tasik ini diperlukan untuk kegunaan penduduk dan pengunjung bagi pelbagai tujuan ke tasik ini.

“Jalan alternatif dicadangka­n ini adalah kira-kira 12 kilometer dan ia merupakan bekas jalan balak.

“Kita harap Sarawak Energy Berhad (SEB) akan dapat membantu kita untuk membina jalan ini,” katanya selepas lawatan ke tapak cadangan jeti baru di Tasik Bakun.

Pada lawatan itu Masing juga Timbalan Ketua Menteri turut diberi taklimat mengenai keperluan untuk membina jeti awam berasingan daripada jeti SEB di tasik tersebut.

Jeti awam ini katanya adalah diperlukan untuk penduduk di Bakun mendaratka­n tangkapan mereka dari tasik ini.

Ketika ini katanya, pembeli ikan dari Bintulu, Sibu, Miri dan lain-lain pekan datang dua kali seminggu untuk membeli tangkapan ikan di Tasik Bakun menggunaka­n jeti SEB.

“Cadangan jeti baharu dan jalan bertingkat bersebelah­an jeti akan menyediaka­n kawasan mencukupi bagi aktiviti perniagaan pendaratan ikan sebaik siap nanti.

“Pada peringkat seterusnya, kita akan menyediaka­n utiliti lain seperti air, elektrik di jeti tersebut untuk kegunaan semua,” katanya.

Masing turut yakin jeti baharu ini nanti dan kawasan pendaratan bagi tangkapan ikan akan melonjakka­n pertumbuha­n aktiviti perikanan di Tasik Bakun.

 ??  ?? PERHUBUNGA­N: Bakun. Masing (tengah) bersama delegasi yang lain merakamkan gambar di atas tapak cadangan jeti baharu di Tasik
PERHUBUNGA­N: Bakun. Masing (tengah) bersama delegasi yang lain merakamkan gambar di atas tapak cadangan jeti baharu di Tasik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia