Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi perkhidmat­an awam perlu lebih kreatif penuhi ekspektasi rakyat

-

SIBU: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Prestasi dan Penyampaia­nPerkhidma­tan) Datu Dr Sabariah Putit semalam meminta agensi perkhidmat­an awam supaya membudayak­an pendekatan lebih kreatif dan inovatif dalam memenuhi ekspektasi rakyat.

Sabariah berkata, dalam memenuhi kehendak dan tuntutan aspirasi rakyat yang dinamik ketika ini pembudayaa­n inovasi dan kreativiti perlu dipupuk dan dihayati.

Katanya, inovasi lebihberma­kna apabila ia dilaksana dan diuruskan secara menyeluruh yang melibatkan rakyat di bandar atau pun di luar bandar.

“Saya amat tertarik dengan pertanding­an ‘ Wild Idea Club’ ( WID) dianjurkan Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Sibu sebagai salah satu saluran bagi membolehka­n pegawai dan kakitangan menyumbang idea untuk kepentinga­n organisasi dan juga rakyat.

“Di samping itu, saya juga dimaklum ketua masyarakat turut terlibat dan didedah konsep ini bagi menjadikan mereka mampu menyumbang idea berdasar perspektif selaku pemimpin masyarakat,” katanya sambil menambah WID adalah yang pertama dianjurkan oleh mana-mana agensi perkhidmat­an awam di negeri ini.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri Dr Anthony Valentine Laiseh semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti dan Inovasi Pentadbira­n Bahagian Sibu di sini.

Menurut Dr Sabariah beliau menyaranka­n supaya pihak Jabatan Ketua Menteri (JKM) supaya WID dijadikan sebagai penanda aras di seluruh perkhidmat­an awam negeri selain meluaskan penggunaan SCS-ii dan juga i-Kamek.

Ini kerana konsep yang dinamakan ‘Thinking Civil Service’ menuntut setiap penjawat awam mempelbaga­ikan pengetahua­n dan menggunaka­n pakai sepenuhnya kemahiran dan pengetahua­n dengan penuh dedikasi dengan menyumbang idea.

“Sebab itu saya sering nyatakan bahawa untuk maju, kita perlu sentiasa mengamalka­n budaya yang terbaik, perlu sentiasa berada di hadapan demi perubahan manakala untuk kekal di hadapan kita perlu menerajui perubahan.

“Inovasi sentiasa memperkena­lkan kita dengan sesuatu yang baru menerusi penggunaan teknologi terkinidan pada masa sama meningkatk­an pengetahua­n penjawat awam untuk menjadi ejen pembanguna­n dan transforma­si negeri,” jelasnya.

Tambah beliau ia juga se- jajar dengan saranan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yangmemper­kenalkan Ekonomi Digital sebagai dimensi baharu dalam pembanguna­n negeri Sarawak.

Ujarnya, apa paling penting dengan adanya infrastukt­ur ICT bertaraf dunia yang akan diperkenal akan membantu mewujud peluang pekerjaan khusus kepada golongan muda di kawasan bandar dan juga luar bandar.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri Dolhadi Mazuki, Residen Bahagian Sibu serta timbalanny­a Hii Chang Kee dan Wong Hii Sing, serta Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami.

 ??  ?? IKRAR: Hii (tengah) mengetuai pegawai dan kakitangan Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Sibu membacakan ikrar sampil disaksikan Dr Anthony sebagai simbolik kepada upacara perasmian majlis berkenaan semalam.
IKRAR: Hii (tengah) mengetuai pegawai dan kakitangan Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Sibu membacakan ikrar sampil disaksikan Dr Anthony sebagai simbolik kepada upacara perasmian majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia