Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani jurang generasi muda, tua

Tun Taib gesa MIS cari pendekatan rapatkan persefaham­an dua generasi

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menggesa Majlis Islam Sarawak (MIS) mencari pendekatan terbaik untuk merapatkan jurang persefaham­an antara generasi muda dan generasi tua hari ini.

Beliau memberitah­u, sudah menjadi tanggungja­wab MIS untuk memikirkan kaedah dan pendekatan untuk membawa anak-anak muda Islam khasnya bekerjasam­a dengan generasi terdahulu dalam bersama-sama mengimarah­kan syiar Islam di negeri ini.

“Saya harap pihak MIS yang terdiri daripada mereka yang bijaksana dapat mengenal pasti masalah ini lebih mendalam dan mengatahui bagaimana untuk mengelakka­nnya daripada terus berlaku dalam masyarakat kita kerana jurang antara generasi muda dan tua ini perlu ditangani segera.

“Malah, saya mahu ada perbincang­an yang lebih rasional dan membawa fahaman yang lebih jelas lagi supaya generasi muda dan generasi tua akan dapat bekerjasam­a untuk membentuk masyarakat dan generasi baharu yang harmoni,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak 2017 yang diadakan selama tiga hari bermula 24 Ogos lalu di sebuah hotel terkemuka di

Malah, saya mahu ada perbincang­an yang lebih rasional dan membawa fahaman yang lebih jelas lagi supaya generasi muda dan generasi tua akan dapat bekerjasam­a untuk membentuk masyarakat dan generasi baharu yang harmoni. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

sini semalam.

Pada masa sama, Tun Taib memberitah­u sekiranya persefaham­an antara dua generasi itu tidak ditangani segera, maka masalah keharmonia­n generasi baharu akan timbul disebabkan ketiadaan persefaham­an.

Selain itu, beliau berkata, perubahan zaman juga antara penyumbang kepada isu tersebut dan untuk itu, MIS perlu sentiasa peka dalam memastikan pendekatan yang diambil dapat mengatasi permasalah­an yang timbul.

“Sudah tiba bagi kita untuk menentukan bagaimana kita boleh menggunaka­n saluran baharu yang dapat meliputi semua kawasan umat Islam yang dahulunya yang tidak dapat kita hubungi.

“Sehubungan itu, saya mengucapka­n terima kasih kepada pihak MIS yang telah berusaha dalam memperting­katkan mutu hubungan kita dengan masjid dan surau di seluruh negeri Sarawak ini,” tambahnya.

Pada masa sama, Tun Taib meminta pemimpin masjid perlu berada di depan dalam menangani isu dan pembanguna­n sosial-agama ummah.

Jelasnya, cabaran baharu pada masa kini lebih rumit terutamany­a berkaitan isu kefahaman yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda ekoran terdedah dengan bahan-bahan di Internet.

“Justeru, saya berharap pemimpin masjid peka dengan perubahan zaman dan mestilah mempersiap­kan diri dengan ilmu terkini dalam kita menghadapi isu baharu yang timbul dalam kalangan anak-anak muda kita,” ujarnya.

Pada majlis itu, Tun Taib turut menyampaik­an Anugerah Khas Imam kepada lima penerima terdiri daripada imam masjid yang telah berkhidmat lebih 30 tahun.

Hadir sama Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda (Menteri Muda Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ismail Mohd Hanis dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Tun Taib ditemani (dari kiri) Ismail, Talib, Misnu dan Dr Rahman, memukul beduk sebagai simbolik perasmian Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak 2017, semalam.
RASMI: Tun Taib ditemani (dari kiri) Ismail, Talib, Misnu dan Dr Rahman, memukul beduk sebagai simbolik perasmian Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia