Utusan Borneo (Sarawak)

389 pelajar tiga DUN Sibu terima baucar baju seragam

-

SIBU: Seramai 389 pelajar dari 38 sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Nangka, Pelawan dan Bukit Assek menerima baucar bantuan persekolah­an daripada Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n baucar kepada pelajar disempurna Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee di Sekolah Kebangsaan ( SK) Abang Ali.

Berucap pada majlis itu, Dr Annuar juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam berkata bantuan baucar ini menunjukka­n bahawa Yayasan Sarawak memainkan peranan besar membantu mengembang­kan pendidikan negeri Sarawak.

“Pada hari ini, kita bersyukur salah satu program inisiatif Yayasan Sarawak memberi baucar kepada pelajar memerlukan bantuan untuk mendapat pakaian seragam sekolah mereka.

“Ini bermaksud, bantuan kerajaan bukan sahaja untuk meningkatk­an pencapaian akademik pelajar, tetapi juga termasuk kebajikan mereka iaitu dari segi buku, pakaian seragam dan keperluan asas yang lain,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, Penolong Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu, Wil- liam Anut selaku wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sibu dan Guru Besar SK Abang Ali Hamdi Najdi.

Di samping itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut menyeru ibu bapa supaya memastikan anak masing-masing ke sekolah dan mendapat pendidikan sewajarnya.

Beliau berkata, terdapat juga ibu bapa hanya menghantar anak ke sekolah tetapi tidak mengambil berat mengenai aktiviti pelajaran anak mereka.

“Oleh itu, saya menasihati ibu bapa supaya memastikan anak mengambil sedikit masa dengan mengulang kaji pelajaran selepas pulang dari se- kolah sekurang-kurangnya 30 minit sehari,” katanya.

Terdahulu, Azmi berkata, beliau mengingatk­an kepada ibu bapa supaya memanfaatk­an baucar diterima sebaiknya dengan membeli pakaian seragam sekolah anak sesuai dengan nilai baucar.

“Kerajaan negeri telah memperuntu­k sebanyak RM4 juta untuk mengagihka­n baucar bernilai RM200 kepada 20,000 pelajar seluruh negeri.

“Kepada ibu bapa dan pelajar, pastikan baucar yang telah kamu terima daripada Yayasan Sarawak ditukar pakaian seragam sekolah yang sama nilainya dengan baucar itu” katanya.

 ??  ?? BANTUAN KERAJAAN: Dr Annuar (dua dari kanan) bersama Azmi (tiga kanan) dan Hamdi (kanan) menyarung baju sekolah kepada murid yang menerima baucar bantuan pakaian seragam Yayasan Sarawak, semalam.
BANTUAN KERAJAAN: Dr Annuar (dua dari kanan) bersama Azmi (tiga kanan) dan Hamdi (kanan) menyarung baju sekolah kepada murid yang menerima baucar bantuan pakaian seragam Yayasan Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia