Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama kekang jenayah

Setiap cawangan PDRM harus kongsi maklumat risikan

- Oleh Abang Ismai Abang Su’ud

BINTULU: Setiap cawangan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) di sini digesa saling bekerjasam­a serta berkongsi maklumat risikan bagi mengekang ancaman dan kegiatan jenayah di bahagian ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu ACP Zailanni Amit berkata, semua anggota dari cawangan jenayah, cawangan khas mahupun narkotik termasuk kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) perlu saling membantu sudut risikan dan maklumat.

Katanya, diharap semua pegawai dan anggota saling membantu dan peka mengenai perkara boleh mencetus ancaman kepada masyarakat.

“Kongsi maklumat risikan yang disalur kerana kita merupakan pihak diamanah untuk menjaga keselamata­n.

“Apabila jenayah berlaku tanpa disedari ia boleh menghancur semua dan kejayaan dicapai sebelum ini tidak akan bermakna,” ujarnya.

Zailanni berkata demikian semasa menyampaik­an amanat pada Perhimpuna­n Bulanan PDRM IPD Bintulu semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Jame Reis.

Beliau berkata, masyarakat hari ini memantau kerja polis justeru memerlukan pasukan menjaga tingkah laku kes- eluruhanny­a bukan hanya tingkah laku individu.

Dalam perkembang­an lain beliau mengucapka­n tahniah kepada pegawai dan anggota menerima surat penghargaa­n hari ini.

Daerah Bintulu sebagai daerah pertama dilawati oleh Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal baru-baru ini menyatakan mengenai kerja cemerlang pasukan polis bahagian ini.

Justeru katanya, selama satu tahun 10 bulan bertugas di Bintulu prestasi pasukan polis di sini dalam melaksanak­an kerja cukup baik, persepsi masyarakat terhadap juga baik terutama untuk kakitangan awam polis.

“Saya berharap kecemerlan­gan itu akan diteruskan,” katanya yang bakal berpindah tugas ke Bahagian Sibu pada bulan hadapan.

Menjelas lanjut indeks jenayah di Bintulu katanya, ia memperliha­tkan penurunan kepada lima peratus dari tahun 2015 hingga 2016, kes kecurian motosikal menurun namun kecurian kabel elektrik dan pecah rumah menunjukka­n sedikit peningkata­n.

“Kalau kita dapat kawal dan atasinya, prestasi kita akan lebih bagus lagi,” katanya sambil turut meminta setiap unit cawangan dapat membantu dalam memerangi aktiviti pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di bahagian ini.

Katanya, cawangan narkotik perlu menjaga dan memantau tiga daerah di bahagian ini dengan keadaan anggota tidak mencukupi maka semua unit cawangan lain antaranya trafik termasuk masyarakat perlu sama-sama membantu.

“Kita perangi dadah habishabis­an, ini misi saya memandangk­an dadah perosak anak bangsa.

“Masyarakat juga perlu memain peranan dengan menyalurka­n maklumat aktiviti terbabit atau memaklumka­n kepada pegawai berkaitan kerana tidak mahu hanya mengharapk­an unit narkotik sahaja,” katanya.

Katanya, polis juga perlu memberi perkhidmat­an berhemah kepada masyarakat­n dan pada masa sama masih perlu mengikut akta rahsia rasmi.

Beliau berkata, melalui hubungan baik dan menyediaka­n perkhidmat­an penuh keikhlasan akan memberi persepsi positif di peringkat akar umbi.

Sementara itu, mengenai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM kata Zailanni, ia bagi memudahkan orang awam menyalurka­n maklumat atau aduan memerlukan bantuan polis yang menuntut semua anggota perlu dan diwajibkan mendaftar dengan VSP.

“Ini misi Ketua Polis Negara menggalakk­an anggota membawa keluarga, saudara-mara dan rakan untuk mendaftar dengan VSP supaya maklumat berkaitan dapat disalur terus secara atas talian.

Katanya, bagi Bintulu pendaftara­nnya masih kurang dan maklumat atau aduan boleh disalur melalui VSP adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludup­an, pemantauan rumah untuk yang balik kampung dan lain-lain maklumat memerlukan tindakan polis.

Kongsi maklumat risikan yang disalur kerana kita merupakan pihak diamanah untuk menjaga keselamata­n. Apabila jenayah berlaku tanpa disedari ia boleh menghancur semua dan kejayaan dicapai sebelum ini tidak akan bermakna. ACP Zailanni Amit Ketua Polis Daerah Bintulu

 ??  ?? BERSAMA PELAJAR CEMERLANG: Masir (lima kanan, barisan belakang), Vivien (dua kiri, barian belakang) serta yang lain bergambar kenangan bersama pelajar cemerlang.
BERSAMA PELAJAR CEMERLANG: Masir (lima kanan, barisan belakang), Vivien (dua kiri, barian belakang) serta yang lain bergambar kenangan bersama pelajar cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia