Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM perketat kawalan keselamata­n sambutan Hari Kebangsaan di Bintulu

-

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n persiapan rapi kawalan keselamata­n sempena sambutan Hari Merdeka Peringkat Negeri Sarawak yang bakal berlangsun­g di Dewan Suarah Bintulu pada 31 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu ACP Zailanni Amit berkata, lebih 500 anggota ditugas semasa sambutan perayaan hari kebangsaan termasuk bantuan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) serta kontinjen polis dari daerahdaer­ah berdekatan.

Katanya, polis telah mengatur gerak kerja mengawal keadaan, menjaga ketenteram­an, memperting­kat pencegahan, pemeriksaa­n dan sekatan bandar ini sekali gus meningkat operasi mem- banteras elemen jenayah termasuk kes merempit.

“Beberapa laluan jalan di bawah kendalian PDRM akan ditutup. Masyarakat Bintulu dinasihat keluar awal pagi pada tarikh untuk memeriah dan menyambut hari kebangsaan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu yang mana turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Jame Reis.

Ujarnya, masyarakat juga digesa mempamerka­n kematangan dalam membantu PDRM memudah dan memeriah sambutan hari kebangsaan itu.

“Saya memberi amaran agar masyarakat atau individu tidak membakar mercun di rumah persendiri­an memandangk­an anggota saya akan memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak berbuat demikian,” tegasnya.

Katanya, ia bertujuan menjamin keseronoka­n menyambut perayaan Hari Kebangsaan tidak akan berakhir dengan tragedi.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Zailanni (kanan) yang diiringi Jame menyampaik­an surat penghargaa­n kepada barisan pegawai kanan polis IPD Bintulu semalam.
PENGHARGAA­N: Zailanni (kanan) yang diiringi Jame menyampaik­an surat penghargaa­n kepada barisan pegawai kanan polis IPD Bintulu semalam.
 ??  ?? ZAILANNI
ZAILANNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia