Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat luar bandar perlu positif terima pembanguna­n

-

SRI AMAN: Masyarakat luar bandar digesa supaya positif menerima pembanguna­n disalur kerajaan secara positif.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis berkata, sudah tiba masa masyarakat luar bandar memikirkan kepentinga­n pembanguna­n di kawasan mereka.

“Ini amat penting kerana jika masyarakat luar bandar tidak memikir kepentinga­n masa depan, ia secara tidak langsung melambatka­n proses pembanguna­n kawasan mereka,” katanya.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang merangkap Naib Pengerusi Parti Rakyat Ber- satu Sarawak (SUPP) Pusat serta Penasihat Parti SUPP Cawangan Engkilili berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat SUPP Cawangan Engkilili bertempat di Pejabat Parti berkenaan dekat sini. Harden turut menekankan tentang kepentinga­n ketua masyarakat luar bandar memberi penerangan kepada anak buah mereka mengenai pembanguna­n menjadi agenda kerajaan.

“Tuai rumah panjang atau penghulu kampung perlu melengkapk­an diri mereka dengan pengetahua­n mengenai apa jua projek pembanguna­n ingin disalurkan kerajaan,” jelasnya.

Katanya, justeru dengan itu mereka dapat memberi penerangan yang sewajarnya kepada anak buah sekali gus memupuk pemikiran positif akhirnya membawa maanfaat kepada semua.

Bercakap lanjut, Harden turut menekankan kepentinga­n kerjasama yang padu dalam menjayakan sebarang perancanga­n yang telah dirangka.

“Di samping itu, semua ahli jawatankua­sa perlu memainkan peranan dalam membantu masyarakat menganjurk­an pelbagai program demi maanfaat masyarakat sentiasa mengharap perubahan kearah cara hidup yang lebih baik.

“Tiada sebab merasa sangsi dalam menyampaik­an perkhidmat­an kepada masyarakat kerana kita mempunyai tapak kukuh melalui parti menganggot­ai kerajaan pemerintah seperti Barisan Nasional (BN),” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Setiausaha Sulit kepada Harden, Philip Foster Hollis, Pengerusi Parti SUPP Cawangan Engkilili, Kaunselor Tuai Rumah Edward Entalai serta yang lain.

Harden turut menyampaik­an geran kerajaan berjumlah RM 28,000 kepada tuai rumah hadir semasa lawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Sim Kui Hian ke Rumah Dabong, Stengin penghujung bulan Mei lalu.

 ??  ?? GERAN KERAJAAN: Harden (tengah) sedang menyampaik­an geran kerajaan kepada tuai tuai rumah yang hadir pada majlis berkenaan.
GERAN KERAJAAN: Harden (tengah) sedang menyampaik­an geran kerajaan kepada tuai tuai rumah yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia