Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama JKKK dan kerajaan lancar pembanguna­n berterusan

-

SRI AMAN: Pembanguna­n untuk rakyat akan dapat disalur secara berterusan sekiranya terdapat kerjasama erat antara Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dengan kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Masir Kujat berkata, tanpa ikatan kukuh antara kedua- dua badan berkenaan, maka usaha meningkatk­an lagi taraf hidup rakyat sukar dijaya.

“Kita berharap setiap ahli JKKK di seluruh pelusok negeri terus memberi sokongan padu kepada kerajaan babgi memudahkan pembanguna­n berterusan disalurkan ke kawasan yang memerlukan­nya,” ujarnya.

Masir juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Program DermaSiswa Bakti 2017-2018 bertempat di salah sebuah restoren terkemuka dekat sini tengah hari semalam.

Menurutnya, kerajaan sentiasa mengutamak­an kebajikan rakyat, apatah lagi penduduk di pedalaman dengan melaksanak­an projek mampu meningkatk­an tahap sosioekono­mi penduduk.

Dalam pada itu, Masir turut menggesa ahli JKKK agar menitikber­atkan soal pendidikan anak-anak penduduk kampung.

“Aspek pendidikan anak kita juga harus diberi tumpuan kerana pendidikan ini merupakan satu-satunya senjata dan khazanah paling berharga untuk meneruskan kehidupan di kemudian hari,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan, Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Vivien Mujah, Temenggung Samuel Lawen, Pemanca Michael John Sanggop serta ketua ketua masyarakat yang lain.

Dalam pada itu, seramai 10 orang pelajar telah menerima bantuan menerusi program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia