Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai pintu tertunggak sehingga RM1 juta

Jumlah tunggakan itu adalah tertinggi untuk seorang pemilik hartanah di Miri: Adam

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Terdapat pemilik hartanah di sini dikenal pasti enggan menjelaska­n cukai taksiran Majlis Bandaraya Miri (MBM) sehingga mencecah lebih RM1 juta.

Datuk Bandar, Adam Yii memberitah­u, jumlah tunggakan itu adalah tertinggi untuk seorang pemilik hartanah di sini.

“Sehingga sekarang, jumlah cukai tertunggak di Miri adalah RM10.46 juta. Cukai paling tinggi tidak dijelaskan adalah lebih sejuta ringgit,” jelas beliau kepada pember- ita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli Ahli Majlis semalam.

Mereka dipercayai memiliki hartanah yang banyak dan tidak pernah sekalipun menjelaska­n cukai untuk setiap hartanah berkenaan.

Menurut rekod, tempoh paling lama tunggakan ialah sejak tahun 1980-an.

Katanya, walaupun kerap dimaklumka­n, pemilik seperti tidak mengendahk­an peringatan atau tidak menjawab panggilan.

Ada juga kes pemilik hartanah tidak dapat dijejaki untuk menjelaska­n cukai ter-

Sehingga sekarang, jumlah cukai tertunggak di Miri adalah RM10.46 juta. Cukai paling tinggi tidak dijelaskan adalah lebih sejuta ringgit.

kumpul.

Cukai taksiran adalah cukai pintu dikenakan ke atas pemilik pegangan berkadar yang terletak dalam kuasa MBM.

Hasil daripada cukai taksiran adalah untuk menyediaka­n perkhidmat­an Maj- lis seperti kutipan sampah, penyelengg­araan, pemotongan rumput, lampu jalan, tempat rekreasi dan kemudahan awam.

“Kita akan buat ‘Wall Of Shame.’ Ini bukan untuk memalukan mereka tetapi mahu mereka menjelaska­n cukai ini,” jelas Adam.

Beliau memberitah­u, MBM akan menyenarai­kan sepuluh nama penduduk yang memiliki jumlah tunggakan cukai tertinggi.

Sehingga Julai, terdapat sebanyak 64,793 unit hartanah di sini terdiri dari 55,814 rumah, 6,624 komersial dan 2,467 industri.

Cukai Taksiran perlu dibayar dua kali setahun iaitu setengah tahun pertama dengan tarikh akhir pembayaran adalah 31 Mei dan setengah tahun kedua dengan tarikh akhir pembayaran adalah 31 Oktober.

Adam Yii Datuk Bandar MBM

 ??  ?? DIRAMPAS: Kayu-kayu balak yang dirampas di perairan Sungai Poi, Kanowit.
DIRAMPAS: Kayu-kayu balak yang dirampas di perairan Sungai Poi, Kanowit.
 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia