Utusan Borneo (Sarawak)

Kuasa naik taraf bulatan GK perlu diserah kepada k’jaan negeri

-

MIRI: Kerajaan negeri digesa mengambil alih bidang kuasa menaik taraf bulatan GK Pujut Tiga daripada kerajaan pusat sebagai cara penyelesai­an mengatasi masalah kesesakan yang semakin meruncing.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut Bruce Chai yakin sekiranya diletak di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, masalah dapat diatasi segera.

“Kita letak projek ini di bawah program membesarka­n Jalan Piasau menghubung ke bulatan GK dengan menaik taraf bulatan sebagai simpang lampu isyarat seperti projek menaik taraf simpang Pujut Tujuh yang berjaya menyelesai­kan masalah kesesakan di laluan itu sebelum ini,” jelas Bruce.

Pembinaan jalan bypass Miri dan Kuala Baram belum dapat menyelesai­kan sepenuhnya masalah kesesakan di bulatan GK di Pujut Tiga.

Beliau berkata pengguna Jalan Pujut-Lutong masih berdepan kesesakan pada waktu puncak walaupun terdapat pilihan menggunaka­n dua laluan alternatif itu.

“Cadangan pembinaan je- jambat dan laluan bawah tanah juga ditangguhk­an selepas pengumuman projek Pan Borneo untuk menaik taraf bypass Miri dan Kuala Baram daripada dua lorong kepada empat lorong,” jelasnya.

Bruce menambah, pembinaan jejambat disuarakan pengguna dengan harapan dapat melancarka­n perjalanan ulang-alik mereka dari tempat kerja ke rumah.

Selain itu, pembinaan laluan di bawah bulatan juga dicadangka­n yang dipercayai menelan kos lebih rendah berbanding jejambat. Kedua-dua projek ditangguhk­an Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana laluan ke bulatan GK adalah masih dalam bidang kuasa kerajaan persekutua­n.

“Kita harus segera mencari penyelesai­an mengatasi kesesakan di bulatan GK. Ini kerana jumlah penduduk di utara Miri semakin bertambah dan ini mencecah satu pertiga populasi keseluruha­n Miri, “katanya.

Menurut Bruce, UPP Pujut telah menyerahka­n surat kepada Timbalan Presiden UPP merangkap Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil untuk memohon kerjasama beliau berhubung isu berkenaan.

Beliau berharap dengan adanya peruntukan dan pelaksanaa­n segera terhadap cadangan projek akan mengatasi dilema kesesakan di bulatan GK.

“Kami di UPP Pujut juga peka terhadap keperluan pemilik kedai yang terletak berdekatan bulatan GK dan berharap apa jua pelaksanaa­n menaik taraf bulatan ini akan termasuk laluan masuk ke kedai-kedai ini sama ada dari laluan Miri Pujut dan Jalan Piasau, “jelas Bruce.

 ??  ?? PERLU NAIK TARAF: Laluan Pujut Lutong menuju bulatan GK yang kerap sesak khasnya waktu puncak.
PERLU NAIK TARAF: Laluan Pujut Lutong menuju bulatan GK yang kerap sesak khasnya waktu puncak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia