Utusan Borneo (Sarawak)

Daerah Baram dipilih sebagai pusat sambutan Hari Ambang Merdeka

-

MARUDI: Timbalan Speaker DUN merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berterima kasih kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) kerana memilih daerah Baram sebagai pusat merayakan sambutan Hari Ambang Merdeka di Marudi dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa.

Sehubungan itu, beliau meminta semua rakyat berbilang kaum di sini untuk sama-sama menyambut ambang merdeka berkenaan kelak bakal disertai seluruh negara sempena merayakan Hari Kebangsaan Ke-60.

Berucap pada majlis perasmian sambutan Ambang Merdeka 2017 Peringkat Daerah Baram dianjurkan Jabatan Pendidikan Daerah Baram di Dewan Sri Perkasa, Sekolah Menengah Kebang- saan (SMK) Telang Usan di sini, baru-baru ini, beliau berkata untuk menepati visi menjadi sebuah negara maju pada 2020 kelak, rakyat harus mempunyai mentaliti bestari, supaya seiring dengan negara maju lain.

Justeru katanya, murid kawasan luar bandar harus mencabar diri sendiri bersaing dengan murid di bandar, jika mereka mahu sama-sama mengejar pembanguna­n dan kualiti hidup dengan memperoleh prestasi cemerlang.

“Negara kita sudah membangun tetapi pada masa sama kita hendaklah mengubah mentaliti kita inginkan kemajuan agar ia sehaluan dengan kemajuan pada tahun 2020 nanti,” katanya.

Menyentuh mengenai ancaman luar, Gerawat menasihati supaya rakyat terus bersatu padu agar dapat ber- diri kukuhmenen­tang anasir jahat dari luar yang boleh menceroboh negara dan minda rakyatnya.

“Kita juga menasihati generasi muda khususnya golongan pelajar supaya jangan terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti menagih dadah, menyertai rusuhan atau perhimpuna­n dan sebagainya sebaliknya menumpukan kepada pendidikan untuk menjadi insan yang lebih berguna kepada negara,” katanya.

Turut hadir Pengarah MKN Wan Samuri Wan Hasbi, Pegawai Pendidikan Daerah Baram merangkap pengerusi penganjur Saripah Azizah Wan Hussein, Pemangku Pengarah Biro Tatanegara Yunos @ Gani Mohd Taib dan Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong. MARUDI: Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala menyerahka­n cek geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada beberapa persatuan, pertubuhan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dengan jumlah kesemuanya RM344,000.

Antara penerima ialah JKKK Rumah Keir Sulang di Sungai Selejau Asal sebanyak RM40,000 manakala RM4,000 lagi untuk bencana banjir kilat yang melanda penduduk kampung baru-baru ini, Unit Promosi Kesihatan Pergigian Rumah Philip di Sungai Sebatang (RM1,500), JKKK Rumah Michael Selangkor (RM10,000), JKKK Kampung Lubok Nibong Maru- di (RM15,000), PIBG SJK Sungai Jaong (RM3,500), Kelab Peminat Lagu Tai Lian Baram (RM10,000) serta PIBG SK Stapang (RM10,000).

Turut menerima ialah PIBG SJK Hua Nam (RM15,000), JKKK Sungai Babi (RM20,000), JKKK Sungai Sebatang Marudi (RM30,000), JKKK Rumah Tanjong, Stapang B (RM30,000), JKKK Rumah Entika Maoh (RM40,000), JKKK Rumah Mapan Basik, Stapang C (RM40,000), JKKK Rumah Entap Duga, Sengkabang (RM40,000), JKKK Long Iman (RM10,000) dan JKKK Kampung Benali (RM10,000).

Sementara itu dalam ucapan nasihatnya, Gerawat memohon dan mengingatk­an semua penerima geran supaya menggunaka­n dana tersebut dengan baik dan secara profesiona­l.

“Buatlah projek kamu seperti dalam permohonan ketika kamu memohon projek tersebut dahulu.

“Saya akan mengarahka­n kakitangan saya memantau projek tersebut sama ada telah dibina dengan sempurna atau belum, bagi memastikan ia memberi manfaat dan faedah kepada semua penduduk kampung masing-masing,” tambahnya.

Penyerahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Marudi di sini, sambil disaksikan Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong, Pegawai Penerangga­n Marudi Joseph James, Penghulu Randi Bundan dan Penghulu Tie King Un.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia