Utusan Borneo (Sarawak)

SFC tumpaskan kegiatan pembalakan haram di Kanowit

-

KUCHING: Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) barubaru ini berjaya menumpaska­n kegiatan pembalakan haram di Kanowit dalam dua operasi penguatkua­saan berasingan yang dijalankan.

SFC dalam kenyataan akhbarnya kelmarin berkata, operasi pertama yang dijalankan pada Rabu lalu telah merampas 62 batang kayu balak di Sengayang, Jalan Nibong Tada di Kanowit.

“Pasukan Penguatkua­saan Pejabat Wilayah SFC Sibu bertindak atas maklumat orang awam berjaya menemui kayu-kayu balak terse- but yang dianggar berjumlah 24 meter padu yang ditinggalk­an di tepi jalan.

“Kayu-kayu balak itu merangkumi pelbagai saiz dan spesies pokok yang dipercayai dilakukan oleh pembalak haram di kawasan hutan berhampira­n kerana kita tidak menemui tanda rasmi malah tiada lesen balak dikeluarka­n di kawasan berkenaan,” kata jurucakap SFC.

Manakala dalam operasi kedua pada 20 Ogos lalu, hasil kerjasama Pejabat Wilayah SFC Sibu dan Jabatan Hutan Sarawak Cawangan Sibu, berjaya merampas 38 batang kayu balak pelbagai saiz dan spesies di perairan Sungai Poi, Kanowit.

“Lokasi di mana kami menjumpai kayu balak itu berhampira­n kawasan yang telah dikeluarka­n lesen balak. Bagaimanap­un tiada satu pun kayu balak itu ditanda dengan tanda rasmi,” katanya.

Kedua-dua kes ini dilaporkan di balai polis dan telah diserahkan kepada penguat kuasa berkaitan untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia