Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem Natad mampu tingkat populasi ternakan kerbau

-

LIMBANG: Sistem Natad Kerbau diperkenal dalam usaha menambah baik penternaka­n tradisi sekali gus meningkatk­an bilangan populasi ternakan itu di negeri ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata Sistem Natad Kerbau merupakan penternaka­n semi intensif melibatkan kawasan seluas lapan hektar.

Beliau berkata kerajaan menyediaka­n geran sebanyak RM50,000 kepada penternak terpilih bagi tujuan pembinaan pagar, rumah kerbau dan kawasan penanaman rumput dengan bilangan kerbau minimum 25 ekor dan maksimum 50 ekor.

“Seramai 10 penternak kerbau terpilih untuk menambah baik pagar kerbau dalam usaha menambah populasi kerbau sekarang dalam lingkungan 5,000 ekor kepada minimum 11,000 ekor pada 2030.

“Bukan mudah untuk tambah populasi kerbau sebab kerbau ni tidak rajin beranak, tidak seperti kambing,” katanya kepada media baru-baru ini ketika ditanya mengenai masalah kecurian kerbau yang dihadapi penternak di daerah ini.

Jelasnya inisiatif pengena- lan terhadap sistem itu bagi mengelak kes kecurian kerbau yang sering dihadapi penternak khususnya di daerah Limbang.

Tambahnya, Sistem Natad Kerbau yang dimulakan tahun lepas melibatkan 10 penternak bermatlama­t mencapai sasaran untuk menambah bilangan populasi kerbau menjelang 2030.

Beliau juga menggesa pengusaha dan penternak kerbau yang berminat menyertai Sistem Natad Kerbau agar mendaftar di Jabatan Veterinar untuk mengetahui lebih lanjut syarat yang diperlukan. SRI AMAN: Majlis Penyerahan Wang Sagu Hati dan Surat Ikatan Amanah kepada peserta Projek Ladang Sejahtera Agropolita­n di Masjid Kampung Agropolita­n Pulau Seduku di sini, Ahad lalu berlangsun­g dengan jayanya.

Hadir menyempurn­akan majlis tersebut ialah Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Wang sagu hati yang diserahkan adalah berjumlah RM130,000.

Mengenai Projek Ladang Sejahtera Agropolita­n tersebut, ia dibangunka­n di atas tanah milik kerajaan negeri di kawasan Parlimen Batang Lupar dengan keluasan projek dianggarka­n seluas 1,600 hektar.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n kelmarin, projek itu diusahakan seramai 325 peserta yang dipilih kerajaan negeri menerusi e-Kasih.

“Projek ini merupakan salah satu program di bawah Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan diselarask­an oleh kerajaan negeri pada tahun 2006.

“Dalam pada itu, tanah kerajaan ini juga dibangunka­n mengikut konsep Ladang Sejahtera dengan tujuan utamanya untuk membangunk­an tanah di luar bandar secara komersial melalui perladanga­n kelapa sawit,” kata kenyataan akhbar itu.

Malah jelas kenyataan itu lagi, ia juga bermatlama­t membawa para peserta program melalui senarai e-Kasih untuk menjana pendapatan sekali gus keluar daripada garis kemiskinan serta mewujudkan ekonomi mapan dan terancang.

Dalam projek tersebut, Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) telah dilantik selaku pemegang amanah selain FELCRA Berhad pula bertindak selaku agensi pelaksana.

Mula dilaksanak­an tujuh tahun lalu iaitu pada 2010, sehingga kini jumlah keluasan pokok kelapa sawit yang telah ditanam ialah 1,505 hektar.

“Projek ini diyakini mampu meningkatk­an liputan dan kualiti prasarana asas seperti jalan raya, kemudahan air dan elektrik serta kemudahan sosial lain,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, sebanyak 10 kampung terlibat dalam projek berkenaan iaitu Kampung Agropolita­n Pulau Seduku, Kampung Bakong, Kampung Stumbin, Kampung Lingga, Kampung Tanjung Bijat, Kampung Pangkat, Kampung Skait, Kampung Baur, Kampung Sembau dan Kampung Seduku.

Turut hadir menyaksika­n upacara tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Sarawak Rasidi Ahmad dan Pengarah Pejabat KKLW Negeri Sarawak Mahathir Bujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia