Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan pendidikan untuk tujuan persekolah­an

Ibu bapa digesa tidak salah guna bantuan disediakan k’jaan, pastikan anak dapat manfaat: Dr Annuar

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee menggesa ibu bapa tidak menyalahgu­nakan bantuan pendidikan yang disediakan kerajaan.

Beliau berkata, apa sahaja bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk manfaat pelajar itu sendiri.

“Setiap bantuan hendaklah digunakan untuk tujuan persekolah­an dan bukan untuk tujuan benda lain.

“Ia hendaklah untuk manfaat anak kita sendiri dan bukannya untuk tujuan kita,” ujarnya semasa berucap menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak di SMK Lanang, semalam.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, Penolong Pengarah Seksyen Program dan Bantuan Yayasan Sarawak Hajijah Mor- sidi, Pengetua SMK Lanang Kho Say Wei dan Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Lanang Wong En Ji.

Seramai 85 pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Lanang menerima baucar bantuan pakaian seragam bernilai RM200 daripada Yayasan Sarawak yang disampaika­n oleh Dr Annuar.

Baucar itu digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah, kasut dan beg di kedaikedai yang terlibat bertujuan meringanka­n beban kewangan ibu bapa dalam menyediaka­n keperluan persekolah­an anak-anak.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam memberitah­u, kerajaan negeri sentiasa komited dalam menyediaka­n bantuan kepada pelajar dan murid yang layak.

Katanya, bantuan sedemikian akan terus dilaksanak­an pada masa akan datang demi manfaat pelajar atau murid.

“Kerajaan melalui Yayasan Sarawak akan memastikan

Setiap bantuan hendaklah digunakan untuk tujuan persekolah­an dan bukan untuk tujuan benda lain. Ia hendaklah untuk manfaat anak kita sendiri dan bukannya untuk tujuan kita. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

setiap pelajar yang layak terus diberi keutamaan agar tiada siapa yang tercicir dari menikmati bantuan tersebut.

“Kita juga mahu pelajar pendidikan khas ini turut menikmati bantuan yang sama dinikmati oleh pelajar atau murid sempurna yang lain.

“Sekurang-kurangnya ini akan dapat membantu meningkatk­an jati diri mereka, mental, psikologi dan sebagainya untuk membolehka­n mereka dapat hidup berdikari,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu.

Sementara itu, Azmi memberitah­u bantuan itu adalah atas inisiatif kerajaan negeri yang dilaksana melalui Yayasan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM20,000.

Jelasnya, untuk seluruh negeri, ia menelan kos sebanyak RM4 juta disebabkan keluasan negeri ini lebihlebih lagi dengan kedudukan logistik sekolah-sekolah di Sarawak.

“Setakat ini, kira-kira 60 peratus bantuan tersebut telah diagihkan oleh wakil rakyat mengikut kawasan masing-masing.

“Program ini telah mula kita laksanakan sejak empat bulan lalu sebelum bulan puasa,” tambahnya.

Pada majlis sama, Yayasan Sarawak menyampaik­an sumbangan berupa buku bacaan di bawah Program ‘Books For Asia’ kepada SMK Lanang dan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Lanang.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Dr Annuar (tiga kanan) menyerahka­n baucar kepada seorang pelajar sambil disaksikan oleh Azmi (dua kanan) dan Kho pada Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak di SMK Lanang di Sibu, semalam.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Dr Annuar (tiga kanan) menyerahka­n baucar kepada seorang pelajar sambil disaksikan oleh Azmi (dua kanan) dan Kho pada Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak di SMK Lanang di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia