Utusan Borneo (Sarawak)

BDA terus komited tambah baik kemudahan komuniti

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) terus berusaha menambah baik kemudahan bagi komuniti terutama melibatkan pihak sekolah bagi memastikan kesejahter­aan, keselamata­n dan keselesaan penduduk seluruhnya.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, penyediaan dalam pelan membina kemudahan itu sudah tentu mengambil masa antaranya dalam pelan rancangan penambahba­ikan pembinaan jalan raya di kawasan perumahan dan sebagainya.

Justeru katanya, penting bagi komuniti khususnya orang awam, ibu bapa, pelajar, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan sebagainya bergerak bersama BDA sebagai pihak berkuasa tempatan dalam melaksanak­an pelbagai program.

“Kami tidak dapat melakukan semua perkara seorang diri maka membawa bersama komuniti adalah pendekatan terbaik,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Lintasan Zebra Projek #ShellSelam­atSampai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong kelmarin.

Katanya untuk pelajar sekolah, mereka turut boleh membantu BDA dalam banyak perkara terutama dalam membantera­s kegiatan vandalisme, pembuangan sampah haram dan sebagainya dengan mengemukak­an aduan bergambar terus ke talian telefon bimbit beliau di 019-8158166.

“Sebagai generasi pemimpin masa depan anda perlu mengetahui sampah seperti botol plastik memerlukan masa 170 tahun untuk mereput dan styrafoam pula 1,000 tahun.

“Ada beranggapa­n alam sekitar tidak penting bagi mereka disebabkan mentaliti mereka ke belakang, tetapi kalau tidak generasi pelajar yang memain peranan siapa yang akan diharapkan untuk menjaga alam sekitar pada masa depan,” katanya.

Disebabkan itu katanya, BDA menyediaka­n tong sampah untuk memastikan kebersihan bandar sentiasa terjaga meskipun ada sesetengah komuniti tidak begitu peduli dengan membuang sampah sembaranga­n malah tidak menghargai kerja pengutip sampah.

“Saya menggesa semua pihak bekerjasam­a menjadikan Bintulu lebih baik kerana BDA tidak akan dapat melakukann­ya berseorang­an. Kesedaran tentang kebersihan dan kecantikan bandar ini juga perlu dipupuk,” ujarnya.

Tambahnya, untuk mendidik generasi muda juga bukan hanya menekankan kepada akademik sahaja sebaliknya nilai murni dan tabiat baik perlu diterap dalam diri supaya membesar tanpa masalah.

Manakala Pengetua SMK Kidurong Rosli Salleh berkata, projek dilaksanak­an itu meskipun kecil tetapi membawa kesan besar kepada komuniti keseluruha­nnya terutama penjagaan keselamata­n pelajar semasa berada di jalan raya.

“Saya berterima kasih kepada BDA termasuk Shell ker- ana membantu merealisas­ikan usaha pelaksanaa­n projek ini terutama membabitka­n keselamata­n pelajar sekali gus usaha ini diharap mampu menjulang nama SMK Kidurong dan Bintulu amnya,” katanya.

SMK Kidurong antara sekolah menengah di Bintulu yang terlibat dalam Projek Lintasan Zebra itu selain SMK Bandar Bintulu.

Keseluruha­nnya 15 sekolah seluruh Malaysia terlibat dalam projek itu bagi memupuk kesedaran penjagaan keselamata­n di jalan raya. Seramai 20 pelajar SMK Kidurong telah dibentuk sebagai pasukan Kidusaviou­rs dengan Penasihatn­ya Rosli Salleh, Penolong Penasihat Sharly Ekie, Mentor Byron Tze Lerk dan Guru Pembimbing Soo Siew Huong dan Jigum Rapai.

Mereka memantau penggunaan lintasan zebra tersebut, menyebar maklumat keselamata­n jalan raya, aktiviti keselamata­n bersama murid sekolah rendah, mereka bentuk banting kesedaran keselamata­n jalan raya, menaik taraf laluan melintas bersama BDA dan ceramah keselamata­n jalan raya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). MIRI: Penduduk Bario digalak menggunaka­n kemudahan Internet bagi mempromosi­kan produk tempatan ke pasaran luar secara lebih meluas.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Bario, para peniaga produk tempatan dapat menggunaka­n kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan untuk membuat pemasaran barangan mereka secara atas talian supaya lebih dikenali.

“Selain itu, PI1M turut menyediaka­n latihan ICT dan keusahawan­an yang diuruskan oleh tenaga pengajar terlatih secara percuma bagi manfaat kepada penduduk di sini,“katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian PI1M dan Pelancaran Perkhidmat­an Pos Luar Bandar Bario di Dewan Serba Guna Bario dan Pusat Internet 1Malaysia Bario, kelmarin.

Tambah beliau, setakat ini terdapat 124 PI1M ditubuhkan di Sarawak termasuk di Bario dan lima lagi bakal diwujudkan kelak.

Turut dilancarka­n pada majlis berkenaan ialah pelancaran program perkhidmat­an Pos Luar Bandar Bario yang melibatkan pemberian kemudahan nombor rumah di bawah program Alamat Untuk Semua (AFA) yang melibatkan 19 kampung dan 375 premis kediaman di daerah kecil Bario.

Pada majlis sama, Jailani turut mengumumka­n di bawah inisiatif perkhidmat­an pos kawasan luar bandar, Bario kini memiliki nombor poskod sendiri iaitu 98060 yang bakal memudahkan transaksi penghantar­an barang kepada penduduk di sana.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Jala, Ketua Hal Ehwal Pos & E-Dagang Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohamad Zaidi Abdul Karim, Penolong Pegawai Daerah Miri Sharifah Rafidah Wan Razali, Pengarah SKMM Wilayah Sarawak Roslan Mohamad, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Bario Alfred Geling Ason dan Penghulu Robertson Bala.

 ??  ?? LANCAR: Rodziah (tengah), Rosli (dua kiri) dan tetamu lain memotong reben sebagai simbolik pelancaran Projek Lintasan Zebra SMK Kidurong kelmarin.
LANCAR: Rodziah (tengah), Rosli (dua kiri) dan tetamu lain memotong reben sebagai simbolik pelancaran Projek Lintasan Zebra SMK Kidurong kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia