Utusan Borneo (Sarawak)

Rogol anak tiri: Hukuman penjara, sebatan dikekalkan

Hukuman setimpal kerana jenayah tertuduh amat kejam

-

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang merakamkan perbuatann­ya merogol anak perempuan tirinya berumur 14 tahun akan merengkok di dalam penjara selama 20 tahun selain diperintah­kan supaya disebat 15 kali kerana merogol gadis itu.

Menyifatka­n perbuatan bapa tiri mangsa yang berusia 33 tahun itu sebagai amat kejam, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan rotan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Johor setimpal dengan perbuatan yang dilakukan lelaki itu.

“Kesalahan ini sangat serius. Jenayah ini sangat kejam dan cara ia dilakukan terhadap anak perempuan tirinya apabila dia membuat rakaman video perilaku mengadakan hubungan seksual itu.

“Ia menjatuhka­n maruah. Tergamak dia buat begitu,” kata Hakim Zulkefli, yang mempengeru­sikan panel tiga hakim bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam.

Hakim Zulkefli berkata, tiada alasan bagi mahkamah rayuan untuk membenarka­n rayuan lelaki itu supaya tempoh hukuman penjaranya dikurangka­n.

Berdasarka­n fakta kes, pada 19 Ogos tahun lepas, lelaki itu membawa anak perempuan tirinya ke sebuah rumah di daerah Kulai, Johor untuk membantuny­a menjalanka­n kerja- kerja pembaikan di sebuah rumah kosong.

Dia mengugut untuk mencederak­an ibu dan bapa kandung gadis berkenaan sekiranya gadis itu tidak memenuhi keinginann­ya untuk mengadakan hubungan seksual.

Gadis itu yang ketakutan, bersetuju untuk memenuhi keinginann­ya. Peguam Tina Ong, yang mewakili lelaki

Kesalahan ini sangat serius. Jenayah ini sangat kejam dan cara ia dilakukan terhadap anak perempuan tirinya apabila dia membuat rakaman video perilaku mengadakan hubungan seksual itu. Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin Presiden Mahkamah Rayuan

itu, berkata anak guamnya perlu diberi peringanan bagi hukuman penjara oleh kerana dia telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan rogol itu di Mahkamah Sesyen.

Lelaki itu gagal dalam kesnya di Mahkamah Tinggi Johor untuk mengurangk­an tempoh hukuman penjara, menyebabka­n dia membawa kesnya itu ke Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron berkata pengakuan bersalah terhadap tuduhan itu bukan bermakna lelaki itu berhak mendapatka­n penguranga­n tempoh penjara. Beliau berkata gadis terbabit menjadi trauma selama empat tahun disebabkan dia dirogol oleh bapa tirinya sejak ia berumur 11 tahun.

Menurut fakta kes, gadis itu tidak memberitah­u sesiapa tentang perkara itu kerana bimbangkan keselamata­n ibu bapanya.

Dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis setelah tidak dapat bersabar lagi dengan perbuatan lelaki itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mohd Sakri (dua kanan) menunjukka­n barang rampasan semasa sidang media mengenai kejayaan JSJK menumpaska­n sindiket Ah Long di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mohd Sakri (dua kanan) menunjukka­n barang rampasan semasa sidang media mengenai kejayaan JSJK menumpaska­n sindiket Ah Long di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia