Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Iran merokok dalam AirAsia didenda

-

SEPANG: Seorang lelaki warga Iran yang dalam perjalanan dari Tehran ke Belanda untuk mencari pekerjaan didenda RM2,500 dan dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas mengaku bersalah merokok dalam tandas pesawat AirAsia.

Majistret Norul Fitri Hamdan menjatuhka­n hukuman tersebut selepas Ali Firooz, 35, mengaku bersalah merokok dalam tandas penerbanga­n AirAsia dari Tehran ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 7.55 pagi, 23 Ogos lalu.

Ali yang kelihatan tenang namun keletihan dalam kandang tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris.

Dia menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 100 Peraturan-peraturan Penerbanga­n Awam 2016 dan boleh dihukum bawah Seksyen 206 peraturan sama yang membawa hukuman maksima denda RM 2,500 dan penjara tidak lebih setahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Ashvinii Thinakaran sementara tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh. Majistret memutuskan tertuduh dipenjara dari tarikh tangkap.

Tertuduh membayar denda tersebut dan difahamkan beliau akan dihantar pulang ke Iran. Sementara itu, di mahkamah majistret sama, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berjanji tidak akan merokok dalam penerban- gan lagi selepas dia didenda RM1,500 dan penjara dua hari atas kesalahan sama.

“Saya tidak akan buat lagi,” kata pelajar Joshua Ling Yu Hann selepas majistret menjatuhka­n hukuman ke atasnya.

Dia menghadapi tuduhan merokok dalam penerbanga­n AirAsia AK5875 dari Sibu ke klia2 pada 10.30 malam, 23 Ogos lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA PADAH: Ali hari ini didenda RM2,500 dan dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas mengaku bersalah merokok dalam tandas pesawat AirAsia dari Teheran ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), dekat Sepang, semalam.
— Gambar Bernama TERIMA PADAH: Ali hari ini didenda RM2,500 dan dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas mengaku bersalah merokok dalam tandas pesawat AirAsia dari Teheran ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), dekat Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia